Soalan lazim yang terdapat pada Think Quran
Berikut adalah Soalan Lazim (FAQ) yang terdapat pada laman web Think Quran:
Think Quran dapat menolong orang lain untuk belajar Al Quran
Kenapa saya perlu faham Al-Quran?
Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah SAW yang diturunkan oleh Allah SWT untuk membimbing umat manusia. Ia bukan sekadar untuk dibaca, namun perlu difahami dan diamalkan kerana ia lengkap untuk dijadikan panduan hidup manusia.
Kenapa saya perlu belajar bahasa Arab untuk memahami al-Quran?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Dengan menguasai bahasa Arab al-Quran, kita dapat memahami maksud ayat al-Quran ketika membaca atau mendengar serta merta tanpa perlu membuat rujukan tambahan.
Kenapa saya perlu gunakan Think Quran? Kan dah ada al-Quran terjemahan?
Al-Quran terjemahan adalah sumber rujukan yang sangat baik untuk memahami isi kandungan al-Quran tetapi adalah sukar untuk kita mengingat terjemahan keseluruhan al-Quran. Bagi memahami al-Quran setiap masa tanpa sebarang rujukan kita perlu belajar bahasa Arab al-Quran. Think Quran menyediakan kaedah yang berkesan bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran.
Adakah Think Quran sesuai untuk saya?
Think Quran sesuai digunakan oleh SEMUA peringkat umur kerana kaedah pembelajaran yang disediakan ringkas tetapi berkesan. Anda hanya perlu tahu membaca al-Quran untuk mula menggunakan Think Quran.
Untuk kalian nak cuba Think Quran, klik sini https://register.thinkquran.ai/
Adakah saya perlu tahu serba sedikit bahasa Arab sebelum menggunakan Think Quran?
Tidak perlu mempunyai asas bahasa Arab. Think Quran direka khusus untuk golongan yang tiada asas bahasa Arab.
Saya pernah belajar bahasa Arab dahulu di sekolah, bagaimanakah Think Quran boleh membantu saya?
Kaedah pembelajaran yang disediakan di Think Quran membantu pengguna yang mempunyai asas bahasa Arab untuk mengingat kembali perkataan yang pernah dipelajari, terutamanya perkataan daripada al-Quran itu sendiri.
Apakah kelebihan kaedah yang diajar dalam Think Quran?
Al-Quran terdiri daripada 77,429 patah perkataan. Dengan hanya mengingat 900 perkataan, 80% daripada al-Quran sudah dapat difahami. Think Quran menjadikan proses pembelajaran bahasa Arab al-Quran mudah dan berkesan dengan fokus kepada mempelajari dan mengingat perkataan yang kerap berulang. Selain itu, pembelajaran di Think Quran dapat dilakukan di mana-mana mengikut waktu dan keselesaan kita sendiri.
Berapa tempoh masa untuk saya belajar sehingga mahir?
Bergantung kepada setiap individu, Think Quran mensasarkan 6 bulan untuk menguasai semua 900 perkataan sekiranya topik/latihan dilakukan setiaphari secara berterusan.
Adakah saya dapat lihat kemajuan dan prestasi saya ketika belajar di Think Quran?
Ya, Think Quran akan memberikan panduan tentang apa yang patut dipelajari dan memberi laporan secara terperinci tentang prestasi setiap perkataan yang telah dipelajari. Ini membantu pengguna fokus dan belajar dengan lebih berkesan.
Apa yang membezakan Think Quran dengan aplikasi al-Quran yang lain?
Kebanyakan aplikasi al-Quran adalah bertujuan untuk membaca al-Quran dengan menggunakan gajet. Manakala Think Quran pula bertujuan untuk mempelajari dan mengingati bahasa Arab al-Quran mengikut kosa kata dan perkataan yang kerap berulang dari al-Quran.
Untuk kalian nak cuba Think Quran, klik sini https://register.thinkquran.ai/
Apakah kesan belajar bahasa al-Quran menggunakan Think Quran?
“Satu perkara yang dapat mengubah kehidupan anda selama-lamanya adalah memahami bahasa al-Quran”. Apabila al-Quran difahami, hati akan seronok membaca mushaf dan mendengar bacaan al-Quran. Diri akan mula jatuh cinta dengan al-Quran. Mendengar dan memahami al-Quran akan memberi satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Masa yang digunakan bagi membaca dan memahami al-Quran juga tidak terasa. Isi kandungan al-Quran dapat dihayati. Ringan untuk mencari lagi ilmu berkaitan Al-Quran.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source