Anwar tidak dimaklum kehadiran Sam Rainsy
PUTRAJAYA: Kementerian Luar menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan akan kehadiran bekas Ketua Pembangkang Kemboja, Sam Rainsy di Malaysia.
Namun demikian, Sam Rainsy telah meninggalkan Malaysia pada pagi hari ini.
“Tiada acara awam diadakan sepanjang keberadaan beliau di sini,” kata Wisma Putra dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, menurut laporan akhbar Kemboja, Khmer Times, pihak berkuasa Malaysia dilaporkan menghantar pulang Sam Rainsy pagi ini setelah menghalang beliau dan rombongannya daripada bermesyuarat di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri negara itu, Hun Sen berkata, Sam masuk ke Malaysia menerusi pesawat peribadi menggunakan pasport Perancis.
Langkah itu dikatakan membolehkannya
masuk tanpa penelitian pihak berkuasa Malaysia.
Sam sepatutnya bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam, namun didakwa dihalang berbuat demikian oleh pihak berkuasa Malaysia.
Akhbar itu memetik Hun menyuarakan penghargaan kepada Anwar ekoran tindakan itu.
Sam merupakan bekas ketua pembangkang Kemboja dan secara sendiri membuang diri ke Paris sejak 2015.
Namun pada 2019 dia mengumumkan rancangan untuk pulang ke Kemboja untuk mengukuhkan pembangkang bagi menentang Hun Sen. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source