Haiwan animatronik, watak animasi jadi tarikan
WETLAND Studios yang berkonsepkan taman tema ‘edutainment’ menjadi pusat pameran interaktif bagi memberi pendedahan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta spesies hidupan dari era pra-sejarah.
Lebih menarik, pusat tumpuan terbaharu di Putrajaya itu turut memberi penekanan terhadap usaha mempertingkat fungsi wetland air tawar sebagai salah satu sumber utama kehidupan untuk termasuk flora dan fauna.
Dikendalikan KRU Studios yang mendapat kepercayaan Perbadanan Putrajaya (PPj), taman tema dalam bangunan ini menawarkan aneka pengisian yang turut membabitkan watak daripada animasi sebagai tarikan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Datuk Norman Abd. Halim berkata, sebelum memperincikan bahan pameran, pihaknya melaksanakan penyelidikan menyeluruh bagi memastikan taman tema tersebut menepati piawaian pengunjung.
“Selepas kontrak konsesi dimeterai selama lima tahun pada akhir tahun lalu, kami terus giat membuat penyelidikan dengan membesarkan skop pameran bukan sekadar membabitkan spesis flora dan fauna.
“Selain haiwan prasejarah seperti dinosaur serta gajah yang boleh bergerak, orang utan antara hidupan yang diketengahkan. Kami akan letakkan Zan orang utan daripada filem animasi Kartun Studios sebagai maskot.
“Antara karakter lain bakal ditempatkan di sini adalah Ribbit iaitu watak katak amazon yang memudahkan lagi pengunjung kecil mengenali hidupan mamalia, reptilia, amfibia, ikan, burung, pokok dan bunga serta kepentingan air secara mendalam.
“Hakikatnya, pameran replika haiwan animatronik bersama visual lengkap ini menjadi subjek pembelajaran luar kelas yang menyuntik perasaan teruja serta sayangkan alam sekeliling,” katanya ketika sesi jelajah Wetland Studio, baru-baru ini.
NORMAN mewakili KRU Studios berbangga menggalas amanah mengendalikan taman tema Wetland Studios.
Berkeluasan 40,000 kali persegi membabitkan tiga tingkat katanya. sepanjang cuti sekolah ini hingga tempoh tiga bulan pihaknya menawarkan harga istimewa RM25 bagi tiket masuk dewasa RM25 untuk dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke atas serta warga emas.
Taman tema tertutup berkenaan turut memanfaatkan kemajuan teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR) dan juga kandungan digital animasi KiKaKo Kids sebagai tarikan.
Menurut Norman, Wetland Studios Putrajaya itu bakal dilancarkan secara rasmi September depan dengan pembukaan kesemua 15 ruangan termasuk tarikan tambahan Panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source