Jangan bersubahat lakukan sumbang mahram
Berita-berita tentang kes sumbang haram atau kes seksual yang berlaku di dalam institusi kekeluargaan kini semakin menjadi-jadi. Jenayah sebegini selalunya membuatkan orang ramai marah dan tertanya-tanya kenapa orang yang tinggal serumah dengan mangsa tidak tahu kejadian itu, adakah benar-benar tidak tahu atau membiarkan ia berlaku?
Selalunya amatlah sukar bagi ahli keluarga membantu pihak berkuasa dalam penyiasatan kes-kes terhadap ahli keluarga mereka sendiri seperti ini.
Mungkin tidak mahu ahli keluarga seumur hidup atau bertahun-tahun meringkuk dalam penjara atau tidak percaya perbuatan itu dilakukan oleh pasangannya.
Kanun Keseksaan, Seksyen 376A mentakrifkan sumbang mahram sebagai persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang mana hubungan tersebut adalah dilarang di sisi undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan.
Sementara itu, mahram di dalam Islam membawa maksud seseorang yang dilarang (haram) dikahwini sama ada melalui nasab keturunan, penyusuan, dan persemendaan untuk (hubungan kekeluargaan disebabkan perkahwinan) .
Sumbang mahram selalunya berlaku antara anak dan ayah kandung atau pun ayah tiri dengan anak tiri walaupun demikian ada juga berlaku antara adik beradik kandung atau adik beradik tiri.
Maka banyak mempersoalkan sama ada ahli keluarga yang mengetahui tentang kejadian sebegini di dalam keluarga mereka hanya berdiam diri dan membiarkan ia berterusan atau berkemungkinan mereka takut dan terdapat ancaman serta menjadi subahat di dalam perbuatan tersebut.
Implikasi perbuatan ini dapat dijelaskan di bawah peruntukan undang-undang.
Pertama, contohnya, jika ibu mempunyai pengetahuan tentang berlaku perbuatan sumbang mahram di dalam keluarganya yang mana berlaku antara ayah dan anak kandung atau anak tiri, bolehkah ibu itu menjadi saksi memberikan keterangan di mahkamah terhadap perbuatan suaminya?
Sekiranya ada komunikasi antara suami isteri berkaitan perbuatannya itu maka terdapat sekatan di dalam undang-undang dalam penggunaannya sebagai keterangan di mahkamah sebagaimana peruntukan di bawah Akta Keterangan 1950 – Seksyen 122 iaitu komunikasi dalam masa perkahwinan.
Tiada seorang pun yang berkahwin atau telah berkahwin boleh dipaksa untuk mendedahkan apa-apa komunikasi yang telah dibuat kepadanya dalam masa perkahwinannya oleh orang yang dia berkahwin atau telah berkahwin.
Dan dia juga tidak dibenarkan untuk mendedahkan apa-apa komunikasi sedemikian melainkan jika orang yang telah membuat komunikasi itu atau wakilnya dari segi kepentingan mengizinkan, kecuali dalam guaman suami isteri atau dalam prosiding yang dalamnya seseorang yang beristeri atau bersuami didakwa kerana apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap isteri atau suaminya.
Adalah menjadi prinsip common law bahawa keharmonian keluarga mesti dikekalkan dan membenarkan pasangan memberikan keterangan terhadap pasangannya akan memporak perandakan hubungan mereka namun terdapat beberapa pengecualian.
Jika setelah bercerai komunikasi semasa perkahwinan masih sah dan larangan itu adalah terpakai seperti dalam kes S.J. Chaudhary vs kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi Delhi pada 1984.
Tetapi jika isteri melihat perbuatan suaminya melakukan sumbang mahram maka keterangan apa yang dia lihat itu boleh diterima sebagai keterangan yang sah di mahkamah seperti dalam kes Bhalchandra Namdeo Shinde vs. Maharashtra pada 2003.
Namun tiada sekatan keterangan seperti di atas pada ahli keluarga yang lain sebagaimana sekatan penggunaan komunikasi antara suami dan isteri.
Sekiranya pihak isteri hanya mendiamkan diri terhadap perbuatan sumbang mahram yang berlaku di dalam keluarganya maka isteri boleh dianggap sebagai subahat begitu jugalah kepada ahli keluarga yang lain. Namun, dalam konteks sekarang ini kita hanya tertumpu pada peranan ibu atau suami.
Di bawah Seksyen 107, Kanun Keseksaan, seseorang dikira sebagai subahat apabila dia melakukan sesuatu dalam beberapa keadaan.
Pertama, menghasut seseorang untuk melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, terlibat dengan satu atau lebih orang dalam konspirasi untuk melakukan sesuatu kesalahan.
Sementara itu, ketiga, dengan sengaja membantu seseorang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan atau meninggalkan sesuatu perbuatan yang akan mencegah perlakuan kesalahan itu.
Hukumannya pula adalah sama dengan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang disubahatinya itu.
Maka berdiam diri bukanlah satu pilihan bagi mereka yang menyaksikan perbuatan sumbang mahram jika perbuatan itu di dalam pengetahuan dirinya.
Perlu diingatkan ia bukan sahaja membantu seseorang itu melakukan perbuatan yang salah, tetapi enggan atau meninggalkan sesuatu perbuatan itu juga suatu perbuatan subahat.
Contohnya, tidak menghiraukan permintaan meminta pertolongan oleh mangsa atau enggan berbuat apa-apa adalah suatu perbuatan yang dianggap subahat kepada pesalah.
Di dalam kes Ling Hang Tsyr vs Pendakwaraya (2019,) seorang isteri dituduh bersubahat dengan suaminya melakukan pembunuhan.
Antara kes bersubahat dalam sumbang mahram adalah pada 2014, di Kuala Lumpur, seorang ustazah dituduh bersubahat dengan suaminya merogol anak dengan menyumbat mulut anaknya. Pada 2018, di Kuala Lumpur, seorang ibu dituduh bersubahat dengan suaminya yang mencabul dua anak perempuan mereka manakala pada tahun ini di Melaka pasangan suami isteri ditahan kerana suaminya disyaki merogol anak tiri manakala isteri disyaki bersubahat.
Berdasarkan dari ulasan ringkas di atas, subahat ini adalah juga terpakai pada suami dalam situasi sama.
Maka, adalah penting bagi pasangan mengetahui tentang sekatan dan tanggungjawab mereka apabila berlaku jenayah di dalam keluarga yang dilakukan oleh pasangan mereka. Melindungi anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Jangan menyembunyikan segala jenayah yang dilakukan pasangan terhadap anak atau anak tiri kerana ia bukan saja perbuatan salah tetapi memberi kesan trauma yang teruk kepada mangsa.
Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar ialah Pengamal undang-undang.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source