Lepas Hina Anggota Polis, ‘Sheila’ Buat Kecoh Lagi Gaduh Dekat Parkir Pula – “Tak Betul Sakit Mental Kot Dia Ni”
Tular baru-baru ini, seorang wanita yang mengakui dirinya berpangkat pegawai kanan polis di Bukit Aman yang menengking dan merendah-rendahkan anggota polis bawahan.
Kejadian berlaku di Gombak dan laporan polis dibuat oleh anggota polis terbabit dan siasatan kemudian dijalankan oleh pihak atasan.
Terbaru, tular sekali lagi satu klip video mempamerkan wanita yang sama dirakam bergaduh dan membuat kecoh sebuah kawasan parkir awam.
Individu yang merakamnya itu hanya mendiamkan diri ketika wanita dikenali sebagai Sheila itu menghemburkan kata-kata terhadapnya.
Sheila itu dilihat memegang telefon bimbit dan merakam individu yang berada di depannya kerana berang dipercayai akibat perselisihan berebut kotak parkir.
Rakaman itu tular selepas dimuat naik di Twitter dan meraih perhatian ramai warganet apatah lagi Sheila baru sahaja ‘terkenal’ disebabkan menghina pangkat anggota polis sebelum ini.
Inspektor Shila berjaya tular sekali lagi ?? untuk kali ini kejadian berlaku di parking pula pic.twitter.com/SUQQz6iz4Z
— ALAN: The Untold Story (@IniAlalalannn) June 17, 2023
Tidak pasti di mana lokasi kejadian bila dan apakah punca sebenar wanita itu naik angin namun ramai warganet mengkritik tingkah lakunya.
Dalam pada itu, segelintir individu sempat make fun of Sheila dengan gayanya merakam video serta mulutnya yang becok dan asyik buat kecoh.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source