Kutipan zakat Melaka meningkat 14 peratus
MELAKA: Kutipan zakat di negeri ini bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Jun lalu meningkat hampir 14 peratus kepada RM70.33 juta berbanding RM61.95 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil berkata, zakat pendapatan merekodkan kutipan tertinggi iaitu RM37.44 juta diikuti zakat wang simpanan (RM13.37 juta), zakat perniagaan (RM12.22 juta) dan zakat emas serta perak (RM1.04 juta).
Katanya, kutipan zakat saham sebanyak RM446,706, zakat ternakan (RM25,120) dan zakat pertanian (RM23,979) turut memyumbang kepada peningkatan tersebut.
“Kutipan zakat harta secara keseluruhan adalah RM64.57 juta, meningkat RM8.22 juta bagi tempoh sama 2022. Bilangan pembayar zakat pula menurun 4.23 peratus kepada 43,947 orang berbanding 45,889 orang tahun sebelumnya.
“Tempoh membayar zakat adalah setahun, jadi ada yang bayar awal dan ada juga yang lewat. Biasanya kita lihat nilai kutipan dan bukannya jumlah pembayar.
“Kita di Melaka sepatutnya berasa bertuah kerana jumlah pembayar menurun, tetapi nilai kutipan tetap meningkat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan di Pejabat Yang Dipertua Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Hadir sama Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Terdahulu, Mohd. Ali menerima zakat korporat berjumlah RM7.64 juta daripada 14 agensi seperti Lembaga Tabung Haji, Perbadanan Melaka (MCorp), Etiqa Takaful dan Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd.
Tambah Ibrahim, melihat kepada kutipan yang memberangsangkan setakat ini, Zakat Melaka telah menyemak semula unjuran sasaran kutipan zakat tahun ini kepada RM123 juta berbanding RM118 juta. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source