Pesawat Scoot hilang satu tayar ketika mendarat
SINGAPURA: Sebuah pesawat tambang murah republik ini, Scoot mengalami gangguan teknikal apabila salah satu tayar kapal terbang itu hilang selepas mendarat di Taipei.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Korea Selatan ke Singapura didapati kehilangan gear pendaratan selepas ia singgah sepertimana dijadualkan di lapangan terbang Taipei.
Syarikat Scoot menerusi kenyataan memaklumkan pesawat TR897 mengesan gangguan teknikal sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan.
“Penerbangan yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari Taipei ke Singapura pada pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) itu terpaksa dibatalkan,” jelas kenyataan itu.
Berdasarkan laporan agensi berita Focus Taiwan, lebih 300 penumpang berada di dalam pesawat itu.
Beberapa media Taiwan melaporkan gear pendaratan bahagian kiri tertanggal semasa pesawat mendarat pada pukul 12.06 pagi selepas sensor mengesan tekanan tayar yang tidak normal sebelum pesawat terbabit turun.
“Apabila pesawat mendarat, tayar kiri dan rim logam pada gear pendaratan tertanggal sehingga hanya tinggal tayar kanan untuk memastikan pesawat bergerak,” jelas laporan Taiwan News.
Focus Taiwan yang memetik kenyataan pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan melaporkan tayar tersebut tidak ditemukan di landasan mahupun laluan lain.
Menurut portal keselamatan penerbangan SKYbrary, gear pendaratan membantu pesawat dalam kawalan arah semasa berlepas dan mendarat.
Jelasnya, komponen itu juga penting `untuk membolehkan pesawat bergerak semasa berada di landasan’.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan, Wang Kwo-tsai memaklumkan insiden itu akan disiasat oleh Pentadbiran Aeronautik Awam dan pihak berkuasa yang berkaitan. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source