Tiga beregu skuasy negara ke suku akhir
KUALA LUMPUR – Pemain skuasy negara, Noor Ainaa Amani Ampandi gembira dengan prestasinya bersama Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar pada Kejohanan Beregu Campuran Asia di Hangzhou, China.
Walaupun baru kali pertama digandingkan bersama tetapi Addeen-Ainaa kelihatan tiada masalah untuk menampilkan permainan tersendiri apabila merakam dua kemenangan pada saingan hari pertama hari ini.
Addeen-Ainaa menewaskan beregu campuran Singapura, Gracia Chua-Jerome Aw 11-7, 11-3 pada aksi pertama di sebelah pagi sebelum menang 11-7, 11-3 ke atas pasangan Hong Kong, Cheng Nga Ching-Matthew Lai dalam perlawanan kedua hari ini.
Begitupun, Ainaa, 21, enggan cepat berasa selesa dan berharap dia dapat terus mengekalkan keserasian dan momentum yang sama bersama Addeen menghadapi perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok.
“Segala perancangan kami menjadi dalam perlawanan hari ini apabila kami berjaya mencatat dua kemenangan. Saya harap kami dapat teruskan persembahan seperti ini untuk perlawanan esok,” katanya.
Walaupun Addeen-Aina sudah melangkah ke suku akhir tetapi mereka masih perlu menamatkan aksi terakhir Kumpulan F menentang Supakorn Ngamprasert-Nopcahnok Buranakul dari Thailand esok.
Dua lagi wakil negara iaitu Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman dan Ivan Yuen-Rachel Arnold turut cemerlang apabila masing-masing berjaya merakam dua kemenangan hari ini.
Menariknya, kedua-dua beregu negara itu turut berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan tersebut. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source