Terkejut bil elektrik dari puluhan cecah ribuan ringgit
PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa terkejut menerima bil elektrik pada bulan terkini yang naik melampau dikatakan mencecah hingga ribuan ringgit sedangkan hanya membayar puluhan ringgit pada bulan sebelumnya.
Antara yang berkongsi kenaikan bil tersebut ialah dua pempengaruh di media sosial TikTok iaitu Shafnaufas dan Nelysa Norazlan.
Shafnaufas berkata, dia dikenakan bil elektrik terkini sebanyak RM1,189.42 berbanding RM52 pada bulan sebelumnya sekali gus disifatkan kenaikan mendadak.
“Tengok berapa RM1,189.42 kau rasa? Ya tahu memang rumah ‘landed’ dua tingkat. Saya ni ada di rumah, rasa dalam sebulan tu mungkin seminggu belum tentu ada di rumah.
“Ni bulan lepas tengok berapa RM52 saja. Pelikkan kenapa drastik sangat naik. Daripada RM52 untuk bawa jadi RM1,100, pelik ya. Saya tak ada buat jamuan makan, jamuan hari raya. Tak ada, memang tak ada,” katanya menerusi video yang dimuat naik.
Pemuda itu berkata, bukan sahaja dia, malah ramai rakyat Malaysia turut berdepan situasi sama berhubung kenaikan bil elektrik.
“Kenaikan bil elektrik dikatakan kepada orang rumah besar, ada bisnes dan kedai, tapi ini rumah persendirian. Kalau pejabat, lain ceritalah tak ada masalah. Mungkin ada penggunaan lebih mesin, benda-benda macam tu.
“Tapi di rumah saya pun jarang tengok TV (televisyen). Saya selalu buat ‘live’ saja kalau di rumah. Di rumah ada peti ais, ‘aircond’ pun waktu tidur beberapa jam. Takkan ‘aircond’ sampai RM1,000.
“Kita tahulah juga bulan lepas boleh saja RM50 lebih, kenapa bulan ni drastik sampai RM1,000 lebih,” ujarnya.
Sementara itu, Nelysa berkata, dia menerima bil elektrik terkini mencecah RM2,000 berbanding bulan sebelum ini hanya RM40.50.
“Berkenaan subsidi saya tahulah dia dah tak ada, memang cover sikit, tapi agak terkejut sangat-sangat nampak tak ni RM2,000. Nak tahu tak bulan lepas berapa? RM40.50.
“Sepatutnya RM95 macam tu, tapi subsidi tolak RM50 jadi RM40. Lagi satu RM2,000 untuk 48 hari, yang RM40 tu memang 17 hari saja, tapi kira-kira balik rasa macam pelik.
“Bulan ni punya bil sebenarnya RM3,000 yang ditanggung subsidi RM1,000. Jadi sekarang ni RM2,000. Saya tak lena tidur, semua orang saya rasa benda sama,” ujarnya.
Dia turut memaklumkan tidak mempunyai tunggakan terdahulu selain menyatakan keprihatikan jika mereka yang mengalami kenaikan bil mendadak tersebut melibatkan warga emas selain menjaga orang kurang upaya (OKU). – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source