[VIDEO] Pelaksana badal haji didakwa tunai haji ramai penama
PETALING JAYA – Seorang jemaah haji mendakwa terdapat kegiatan penipuan melibatkan badal haji ketika ini selepas dia terlihat ada seorang pelaksana yang dikatakan menyempurnakan haji melibatkan beberapa penama.
Dakwaan tersebut didedahkan jemaah haji itu menerusi video di media sosial sekali gus mengundang persoalan daripada orang ramai berhubung badal haji yang dilaksanakan.
Carian hukum badal haji menerusi laman web Mufti Wilayah mendapati, hukum mengerjakan badal haji bagi beberapa individu di dalam satu masa adalah tidak sah kerana badal haji hanya mencukupi untuk satu orang sahaja.
Bagaimanapun dakwaan pada video itu pula sebaliknya apabila dikatakan seorang pelaksana tersebut didakwa mengerjakan untuk beberapa nama, bahkan jemaah haji itu turut menunjukkan nama-nama yang telah dikoyakkan.
“Antara nama-nama badal haji, nampak Malaysia. Lepas dia baca ‘saya berada di Arafah sekian-sekian dan saya tengah buat haji untuk ni (nama individu)’, dia koyakkan.
“Lepas itu katanya dia orang akan ambil pula gambar dengan nama baharu. Satu orang tu berapa orang dah. Jadi ni ke badal haji yang murah tu,” katanya mempersoalkan kegiatan tersebut.
Dalam pada itu, dia turut mendakwa, selain nama individu dari Malaysia, ada juga kelihatan nama dari Indonesia dan Thailand.
“Ni banyak kertas-kertas ni, semua nama jemaah badal ada Indonesia, Malaysia. Malaysia banyak juga ni, ni pun ada. Tak tahulah kadang ada nama travel (agensi), kadang tak ada nama travel. Nauzubillah.
“Mamat ni rasa dah berapa kali dah, muka dia saja. Adalah dekat dua, tiga nama saya nampak muka dia saja. ‘Saya buat badal haji untuk sekian-sekian ni semua ni’, Thailand pun ada ni… nauzubillah,” katanya.
Terdahulu, Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai terutamanya umat Islam di Malaysia agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dipetik berkata, setiap individu dari luar Mekah perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi manakala penduduk tempatan perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi. – KOSMO! ONLINE
@akbarrazak_ Kesian banyak nama orang malaysia jer🇲🇾 cc:kasyeefaz #badalhaji2023 ♬ original sound – HEYYY BAD
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source