Konsert Berita Gempa, Ramli Sarip tolak tepi soal jualan tiket
KUALA LUMPUR : Penyanyi dan vokalis kumpulan Sweet Charity, Datuk Ramli Sarip, 70, mengakui, bukan satu keperluan untuknya memikirkan soal jualan tiket sekiranya terlibat melakukan sesebuah konsert.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ramli berkata,tumpuan tanggungjawab itu seharusnya kepada pihak penganjur tidak terkecuali semua pihak yang akan terlibat dalam menjayakan konsert Berita Gempa yang akan diadakan di Arena MBJB, Johor Bahru pada 29 Julai ini.
“Saya tak sangat tertumpu untuk memikirkan soal tiket setiap kali jika terlibat menjayakan sesebuah konsert. Ya, saya akan bantu buat promo dengan apa yang termampu. Tetapi untuk memikirkan jualan tiket, itu bukan satu tanggungjawab saya.
“Hal ini kita serahkan kepada penganjur. Tak kisahlah siapa pun yang mengendalikan konsert itu. Namun, saya meletakkan kepercayaan kepada mereka yang tentunya bijaksana dalam bidang masing-masing.
“Lagipun, saya tahu, tidak semua orang atau peminat akan laju membeli tiket setiap kali promosi diuar-uarkan di Internet. Ada artis, memang laju peminat akan beli sampaikan dua tiga hari mereka umumkan tiket habis. Itu kita katakan rezeki,”katanya.
Selain itu, Ramli berkata, untuk penganjuran konsert Berita Gempa yang bakal menyaksikan kemunculan semula Sweet Charity beraksi bersama di satu pentas setelah 12 tahun, dia yakin kumpulan itu masih mampu mencipta fenomena.
“Menerusi mana-mana konsert solo saya sebelum ini, kebanyakannya menyaksikan saya membawakan lagu sendiri. Jadi untuk konsert bersama Sweet Charity, istimewanya kami bawa lagu popular yang pernah jadi fenomena sekitar era 80-an dan 90-an.
“Sweet Charity ini ada peminatnya yang tersendiri. Mana-mana mereka akan kata, lagu-lagu lama kami banyak mengimbau nostalgia dan memberi inspirasi sehingga sekarang.
“Bahkan, ada juga kalangan peminat yang mewarisi minat kepada muzik Sweet Charity daripada ibu atau bapa mereka. Saya juga terharu bila ada kalangan anak muda pun tahu lagu-lagu kami,”katanya.
Berkongsi mengenai konsert itu, kata Ramli, penganjurannya akan melibatkan beberapa lokasi lain dan tidak bertumpu pada Johor Bahru sahaja.
Menamakan Sabah, Miri, Langkawi dan Kuala Lumpur sebagai lokasi terakhir, Ramli bagaimanapun bercadang untuk menukar judul konsert pada setiap lokasi berbeza.
“Kalau boleh, saya nak judul konsert itu diubah pada setiap tempat yang kami jayakan bagi memberi elemen kelainan. Nama Konsert Berita Gempa juga diambil sempena judul album terakhir Sweet Charity dan lagu utama album itu.
“Selain penghargaan buat album klasik tersebut, konsert ini juga kami adakan bagi memberi penghormatan buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini.
“Sweet Charity ingin menjentik kesedaran terhadap isu global semasa termasuk bencana alam dan memberi impak positif kepada masyarakat melalui muzik, itu harapan kami,”katanya.
Konsert ini dibawakan oleh Megatix Malaysia dan Lampuneon dan bagi mereka yang ingin menyaksikan persembahan bertenaga daripada Ramli, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaafar, layari laman sesawang beritagempa.live untuk mendapatkan tiket masing-masing.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source