Pelancong China bergambar dengan tapak sulaiman mungkin dipenjara
BANGKOK – Tiga pelancong China berdepan hukuman penjara dua tahun dan denda 100,000 baht (RM13,092) setiap seorang kerana menyentuh tapak sulaiman dan memijak terumbu karang ketika melancong ke Thailand, lapor laman berita VN Express semalam.
Dua daripada mereka mengakui kesalahan yang dilakukan selepas menyerah diri kepada polis, manakala seorang lagi pelancong masih bebas, lapor laman berita The Phuket News.
Mereka merupakan sebahagian daripada sekumpulan pelancong yang menyelam di pulau Koh Racha, Phuket minggu lepas.
Beberapa gambar menunjukkan mereka memegang tapak sulaiman dan memijak terumbu karang dimuat naik Selasa lalu di laman Facebook Monsoon Garbage Thailand. Akaun tersebut memantau aktiviti ‘pencabulan’ alam sekitar.
Gambar itu menjadi tular dengan pantas, dengan banyak pihak mendesak pihak berkuasa menyiasat insiden tersebut.
Menurut undang-undang Thailand, sesiapa yang merosakkan atau mengganggu terumbu karang atau hidupan marin berdepan denda 100,000 baht (RM13,092) atau hukuman penjara dua tahun. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source