JDT tewaskan Negeri Sembilan 2-0
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.
Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Selatan terus mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam liga selepas mengharungi 16 perlawanan dengan mengutip 48 mata.
Beraksi di laman sendiri, JDT hampir menjaringkan gol pembukaan pada minit kedua menerusi gerakan yang dilakukan Afiq Fazail mencari Fernando Forestieri, namun penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pantas menyambar bola tersebut.
Lima minit berselang, Leandro Velazquez mendatangkan cemas kepada skuad Hoben Jang Hoben dengan melakukan libasan, namun percubaan tersebut sedikit tersasar ke kiri gawang lawan.
Skuad bimbingan K. Devan yang tempang tanpa beberapa pemain utama dilihat lebih banyak berkampung di kawasan sendiri dan hanya menunggu peluang untuk melakukan serangan balas.
Pada minit kesembilan, Negeri Sembilan FC dihadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti, namun gagal memanfaatkan peluang itu setelah tandukan dilepaskan Mahalli Jasuli jauh tersasar.
Devan semakin pening apabila penyerang importnya, Casagrande mengalami kecederaan dan terpaksa bermain tanpa penyerang dengan memasukkan Aroon Kumar Ramaloo.
Gol pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-20 menerusi jaringan pemain bek tengah, Feroz Baharudin yang melonjak tinggi menanduk hantaran sepakan bebas Velazquez menewaskan penjaga gol Sikh Izhan.
Velazquez sekali lagi memberikan ancaman kepada pasukan pelawat dengan melakukan rembatan dari luar kotak penalti, namun penjaga gol bijak menghidu percubaan itu dengan menangkap kemas sepakan tersebut.
Arif Aiman Hanapi yang dilihat menyerlah dalam beberapa perlawanan terdahulu agak tenggelam pada perlawanan itu dan tidak berupaya mengancam pasukan pelawat.
Sebelum tamat babak pertama, Velazquez akhirnya berjaya mendapat gol yang diburu menerusi sepakan percuma menewaskan penjaga gol untuk meletakkan JDT pada kedudukan selesa.
Bersambung babak kedua, pengendali JDT, Esteban Solari membawa masuk Bergson Da Silva menggantikan Diogo Luis Santo bagi menambah bisa jentera serangan tuan rumah.
Forestieri melakukan serangan ke pintu gol lawan, namun rembatan yang dilakukan pada minit ke-55 sedikit tersasar.
Walaupun terus mendominasi permainan, namun JDT yang selesa mendahului dilihat berdepan kesukaran untuk menembusi benteng terakhir lawan bagi menambah jaringan.
Safuwan Baharudin yang dibawa masuk oleh Devan pada separuh masa kedua hampir mencipta sensasi apabila melakukan rembatan dari jarak jauh setelah mengesan Ahmad Syihan Hazmi berada jauh dari kotak, namun percubaan itu sedikit tersasar.
Walaupun ketinggalan, Negeri Sembilan enggan mengibar bendera putih apabila terus melancarkan serangan balas, namun tiada sentuhan penyudah bagi mencipta sebarang gol.
Bergson yang melancarkan serangan demi serangan ke arah pintu gol Negeri Sembilan tidak berjaya mencetak jaringan pada perlawanan itu.
Kemenangan 2-0 tersebut menyaksikan Harimau Selatan terus selesa berada di persada Liga Super. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source