26,506 saman dikeluarkan di KL dalam tempoh 7 hari
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 26,506 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang Ops Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur, dalam tempoh tujuh hari bermula 3 Julai hingga 9 Julai lalu.
Direkodkan, kesalahan halangan lalu-lintas mencatatkan kesalahan tertinggi yang dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya dengan jumlah 18,931 saman sudah dikeluarkan dalam tempoh sama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain halangan lalu-lintas kesalahan lain yang direkodkan adalah meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki (1,931), tiada lesen memandu warga tempatan (1,280), melanggar lampu isyarat merah (478), nombor plat ubahsuai atau ‘fancy’ (299), berhenti di petak kuning (216) dan kesalahan lain (3,217).
“Pada masa ini kami (Polis KL) menerima maklum balas positif daripada masyarakat berkaitan Op Hormat Undang-undang Jalan Raya, ini sehingga ada warga Kuala Lumpur yang turut memberi cadangan mengadakan operasi sama di lokasi lain yang banyak terdapat kesalahan lalu-lintas dilakukan.
“Pada masa ini kita sedang memperbaiki mekanisme operasi ini dari semasa ke semasa dan akan mencari kaedah terbaik bersama warga Kuala Lumpur untuk mengubah sikap pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Jelas Mohd Shuhaily, pihaknya tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan kesalahan jalan raya.
Kata beliau, pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk tidak mengabaikan tanda lalu lintas demi keselamatan semua pihak.
“Seramai 800 pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur, akan melaksanakan operasi ini 24 jam sehari sehingga 31 Julai ini,” katanya.
Untuk rekod, sepanjang operasi ini juga pihak polis sudah menahan 86 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik selain turut menyita 99 kenderaan membabitkan 96 motosikal, dua kereta dan sebuah lori.
Terdahulu, Mohd Shuhaily menjalankan operasi fokus terhadap kesalahan trafik di yang kerap dilakukan oleh pengguna jalan raya di sekitar Kuala Lumpur sepanjang bulan Julai ini.
Kesalahan lain yang turut diberi tumpuan adalah pelaksanaan operasi parkir haram, halangan, lampu merah (berhenti melebihi garisan putih/ berhenti atas lintasan pejalan kaki.
Selain itu, turut dilaksanakan operasi terhadap nombor pendaftaran kenderaan, cermin gelap, motosikal dan Op Didik. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source