Di UK pun reputasi buruk, kenapa jemput 1975 – Edry Abdul Halim
PETALING JAYA – “Di UK (United Kingdom) pun orang dah tahu perangai mereka”.
Demikian ulas komposer dan penyanyi terkena. Edry Abd. Halim terhadap kedegilan penganjur Festival Good Vibes apabila tetap mengundang band The 1975 yang diketahui umum mempunyai reputasi buruk.
Kata Edry yang kini bermastautin di Manchester, UK. penganjur perlu menyelidik latar belakang artis luar dengan teliti sebelum membawa mereka masuk ke negara ini.
“Bangun hari ini dengan berita dari Malaysia. Buat saya marah, adab kumpulan dari luar yang mabuk dan tak menghormati undang-undang.
“Tidak hormat budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.
Harap, lain kali penganjur kaji latar belakang kumpulan dari luar terlebih dahulu sebelum menjemput, jika ada rekod yang kurang enak,” tulisnya menerusi Instagram.
Menerusi hantaran sama, figura berusia 47 tahun melayangkan pujian terhadap tindakan tegas kerajaan Malaysia yang menghentikan dan mengharamkan sebarang persembahan 1975 di sini.
“Tahniah Malaysia! Ambil tindakan sewajarnya dan tegas dengan pegangan sendiri,” katanya lagi yang disokong ramai pengikut.
Biarpun cuba diprovokasi seorang pemilik akaun dipercayai dari luar negara yang mendakwa undang-undang Malaysia sebagai barbarik, Edry tetap tenang memberi balasan.
“Saya menghormati pandangan anda mengenai LGBT, tapi harap anda juga menghormati pendirian artis Malaysia dalam isu tertentu.
“Kita mungkin tidak sependapat, tapi melanggar undang-undang di mana anda berada adalah perkara salah,” ulasnya.
Terdahulu, persembahan The 1975 di Litar Sepang dihentikan selepas vokalisnya, Matty Healy menunjukkan aksi melampau termasuk memegang botol arak, meludah dan memecahkan drone penganjur.
Vokalis berusia 34 tahun itu turut menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum bertindak mencium pemain bass, Ross MacDonalds ketika membawakan I Like America and America Likes Me yang juga lagu ke tujuh.
Rata-rata menyokong tindakan tegas kerajaan selain mendesak Futura Sound Asia selaku penganjur bertanggungjawab sepenuhnya dan dikenakan tindakan undang-undang atas insiden berkenaan.
Susulan kejadian di Sepang, persembahan kumpulan kontroversi itu yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Jakarta dan Taiwan bulan ini sah dibatalkan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source