Penuntut wanita rugi RM72,877 ditipu scammer
JOHOR BAHRU: Seorang penuntut sebuah universiti awam di negeri ini mengalami kerugian sebanyak RM72,877 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan menerusi aplikasi Telegram.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 22 tahun itu terpedaya kerana dijanjikan komisen sebanyak 10 peratus atas setiap barangan yang dijual.
“Namun sebelum mangsa memulakan kerja sambilan itu, dia telah diarahkan untuk membuat pembayaran bagi pembelian barangan sebanyak RM72,877.
“Penuntut wanita itu hanya menyedari telah ditipu apabila pihak berkenaan masih memintanya membuat pembayaran tambahan, selain tidak menerima sebarang komisen yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Raub menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terutamanya apabila berurusan melibatkan kewangan secara dalam talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
“Sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, boleh hubungi National Scam Response Centre (NSRC) menerusi talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang,” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source