Presiden Ireland, Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
PEMERGIAN penyanyi terkenal asal Ireland, Sinéad O’Connor atau nama Islamnya Shuhada’ Sadaqat turut meraih perhatian pembesar negara dan rakan seperjuangan.
Presiden Ireland, Michael D. Higgins menyifatkan kematian penghibur dan komposer hebat itu sebagai kehilangan besar kepada negara mereka.
“Beliau tidak gentar memperjuangkan isu tertentu dalam meraih perhatian masyarakat demi menegakkan kebenaran,” katanya.
Pemuzik Britain, Cat Stevens atau Yusuf Islam juga berkongsi kesedihan dengan berdoa supaya roh sahabatnya itu mendapat kedamaian.
“Sedih mendengar berita Shuhada Sadaqat meninggal dunia. Dia adalah jiwa yang lembut dan semoga Allah Maha Penyayang, memberinya kedamaian abadi.
Penyanyi kelahiran Kanada, Bryan Adams pula menzahirkan kedukaan ketika menyampaikan salam perpisahan kepada penghibur bervokal istimewa itu.
“Tenanglah di sana Sinead O’Conner. Saya gembira bekerja dengan kamu, melakukan pertunjukan bersama dan berkongsi cerita. Semua kasih sayang saya untuk keluarga kamu,” katanya.
Terdahulu, khabar duka tersebut disahkan keluarga O’ Connor dalam satu kenyataan semalam yang meminta mereka diberi ruang untuk melalui waktu sukar.
Biarpun tarikh serta punca kematian tidak didedahkan, ada pihak percaya kesihatan mentalnya merudum sejak kematian anak lelakinya, Shane, 17, yang membunuh diri tahun lalu.
Lagu nombor satu
Menerusi tiga perkahwinan, beliau memperoleh empat cahaya mata termasuk Shane.
Penghibur yang sebelum itu kental sebagai aktivis juga dilaporkan pernah menyuarakan hasrat ‘mengikuti jejak langkah’ permata hatinya itu.
Menyingkap pembabitan dalam arena muzik yang bermula sejak 1986, O’ Connor mengeluarkan 10 album studio, manakala lagunya Nothing Compares 2 U dimuatkan dalam album sulung dinamakan Billboard Music Awards sebagai single nombor satu dunia pada 1990.
Lagu tulisan pemuzik Prince itu mendahului carta di seluruh dunia, selain memperoleh tiga pencalonan Grammy.
Setahun kemudian, O’Connor diangkat majalah Rolling Stone sebagai Artist of The Year, selain lagu tersebut disenaraikan di tempat ke-165 dalam carta 500 lagu terbaik sepanjang zaman.
Mengikat kontrak bersama Ensign Records, album pertamanya I Do Not Want What I Haven’t Got l terjual hampir tujuh juta unit.
Hidup sukar sejak kecil
Tampak mudah perjalanan kerjaya figura terkenal itu, tetapi hakikatnya zaman kanak-kanak O’ Connor digambarkan sangat tragis apabila mendakwa didera ibu kandung selepas orang tuanya bercerai ketika berusia 8 tahun.
Perpecahan keluarga turut mengakibatkannya menjadi remaja bermasalah dan dihantar ke pusat pemulihan Grianan Training Centre pada usia 15 tahun yang disifatkan sebagai penjara.
Namun di pusat pemulihan itu bakat nyanyian O’ Connor dikesan seorang rahib yang kemudian menghadiahkan gitar dan mendaftarkannya mengikuti kelas muzik.
Antara kontroversi paling panas membabitkan penyanyi ini adalah sekitar 1992, apabila dia mengoyakkan gambar ahli gereja atau Pope secara langsung di televisyen sebagai bantahan terhadap kes penderaaan seksual kanak-kanak di gereja katolik.
Walau menghadapi kritikan hebat akibat tindakannya itu, beliau yang memeluk Islam pada 2018 dan menggunakan nama asal sebagai nama pentas tetap teguh dengan pendirian. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source