PRN: Bekas Naib Canselor UUM calon PN Kedah
ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengetuai senarai 36 calon Perikatan Nasional (PN) untuk mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kali ini.
Pengarah Pilihan Raya PN yang juga Pengerusi PN Kedah itu dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri buat kali kedua.
Selain Muhammad Sanusi, tanggungjawab untuk membawa PN terus menerajui ini turut diletakkan kepada barisan calon terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya profesional, ahli agama, aktivis dan ahli sukan.
Antara yang menarik perhatian ialah dua legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din serta Baddrol Bakhtiar yang masing-masing akan bertanding di Alor Mengkudu serta Gurun.
Dua ahli akademik turut diangkat sebagai calon iaitu Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Haim Hilman Abdullah serta Dekan Kejuruteraan Alam Sekitar di Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Ts. Muhammad Suffian Yusoff.
Seramai enam daripada 10 Exco Kerajaan Negeri turut mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Datuk Halimaton Shaadiah Saad di Bukit Kayu Hitam, Munir Zakaria di Kuala Nerang, Datuk Wan Romani Wan Salim di Bukit Pinang, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman di Tokai, Datuk Najmi Ahmad di Kupang dan Datuk Siti Aishah Ghazali di Merbau Pulas.
Sementara, dua Exco Kerajaan Negeri iaitu Datuk Azman Nasruddin dan Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail tidak mempertahankan kerusi kerana menang sebagai Ahli Parlimen di Padang Serai dan Kubang Pasu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
Dua lagi Exco yang tidak bertanding ialah Mohd. Firdaus Ahmad (Kuah) dan Robert Ling Kui Ee (Sidam) dengan kedua-dua mereka difahamkan telah menyatakan hasrat untuk berundur kepada Muhammad Sanusi sebelum ini.
Nama-nama baharu yang diketengahkan adalah Shamsilah Siru di Ayer Hangat, Amar Pared Mahmud di Kuah, Ashraf Mustaqim di Kota Siputeh, Muhammad Amri Wahab di Derga, Dzowahir Ab. Ghani di Suka Menanti, Chuah See Seng di Kota Darul Aman, Azizan Hamzah di Bukit Selambau dan Rashidi Razak di Anak Bukit.
Selain itu Datuk Salleh Saidin di Kubang Rotan, Mardhiyyah Johari di Pengkalan Kundur, Abdul Razak Khamis di Sungai Tiang, Abdul Ghaffar Saad di Guar Chempedak, Ahmad Sulaiman di Belantek, Shahrir Long di Pantai Merdeka, Tai Kuang Tee di Bakar Arang, Juliana Abdul Ghani di Sidam, Taufik Yaacob di Bayu, Khairul Anuar Ramli di Lunas dan Wong Chia Zhen di Kulm.
Senarai calon yang diharapkan PN untuk mempertahankan kerusi mereka pula adalah Azahar Ibrahim di Ayer Hitam, Mohd. Radzi Mohd. Amin di Pedu, Salim Mahmood di Bukit Lada, Mohd. Azam Abd. Samat di Sungai Limau, Hanif Ghazali di Tanjung Dawai dan Mansor Zakaria di Kuala Ketil. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source