Warga emas mengaku tidak bersalah cuba bunuh polis
KULIM – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas enam pertuduhan termasuk cubaan membunuh pegawai kanan polis, Selasa lalu.
Tertuduh, Loh fatt Khong membuat pengakuan itu selepas pertuduhan cubaan membunuh dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad.
Mengikut pertuduhan pertama, Fatt Khog yang merupakan bapa kepada enam anak didakwa mengelar dada Inspektor Mustakim Mohamad Nasir mengunakan pisau pemotong kertas yang mana perbuatan tersebut boleh menyebakan kematian.
Hakim Mirza menetapkan tarikh penyerahan dokumen pada 10 ogos depan dan tiada jaminan dikeluarkan atas kesalahan itu.
Sementara di Mahkamah Majistret, dia turut membuat pengakuan sama bagi lima lagi pertuduhan iaitu khianat ke atas harta, mendatangkan kecederaan kepada pegawai polis, ugutan jenayah, mendatangkan kecederaan dengan mengunakan senjata dan kerana mencuri di pasar raya.
Semua pertuduhan dilakukan di hadapan Majistret, Pracha Nanthini Balabeda dan majistret menetapkan serahan dokumen semua pertuduhan pada 13 Ogos nanti.
Akhbar ini kelmarin melaporkan seorang pegawai polis berusia 30-an menerima 36 jahitan di dada akibat terkena pisau pemotong kertas yang digunakan seorang pencuri warga emas dalam kejadian di Taman Selasih,.
Dalam kejadian itu, seorang anggota polis turut cedera di kaki dan menerima lima jahitan ketika bergelut untuk menahan suspek lelaki yang berusia 82 tahun. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source