PRN: Tiada siapa boleh pertikai kerja saya buat di Pinang Tunggal – Zainuddin
KEPALA BATAS: Pengalaman berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang menjaga hal-ehwal penduduk di Pinang Tunggal selama lebih tiga tahun akan digunakan dengan sebaiknya calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, Zainuddin Mohamed.
Zainuddin, 38, berkata, sepanjang tempoh itu, banyak penambahbaikan serta pembaharuan telah dibawa ke kawasan tersebut.
“Jadi, jika nak dipertikaikan dari segi kerja yang saya buat (di Pinang Tunggal), tidak ada siapa boleh pertikailah.
“Sepanjang kempen ini juga, saya boleh bercerita kepada seluruh pengundi-pengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Pinang Tunggal mengenai perkara ini. Mungkin pengundi cuma nampak ada pembangunan, ada penambahbaikan tapi tidak tahu dari mana datangnya hasil-hasil itu.
“Sukalah saya nyatakan kepada pengundi-pengundi di sini (Pinang Tunggal), saya sedang berkhidmat dan akan terus berkhidmat. Itu satu kelebihan buat saya,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.
Mengulas mengenai cabaran untuk mempertahankan kerusi DUN itu selepas penyandangnya, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (PKR) hanya menang dengan majoriti tipis 127 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Zainuddin bagaimanapun mahu bersikap optimis.
“Sekarang, kita (PKR) berada bersama Kerajaan Perpaduan dan dengan prestasi yang agak baik (di peringkat Pusat dan negeri), saya yakin itu akan menjadi nilai tambah kepada saya.
“Selain itu, saya juga mempunyai ‘rapport’ (hubungan) yang baik dengan penduduk serta pengundi di sini khususnya anak muda. Saya sendiri pun masih muda. Jadi, saya yakin mampu lakukan yang lebih baik (untuk warga Pinang Tunggal),” ujar beliau.
Zainuddin akan menentang calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Bukhori Ghazali dalam pertembungan satu lawan satu untuk di DUN Pinang Tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Untuk rekod, ini kali kedua berturut-turut Ghazali bertanding di kerusi yang sama selepas tewas dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU-14. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source