Pemuda Pas desak Fahmi Fadzil lepas jawatan sebagai menteri
KOTA BHARU: Dewan Pemuda Pas mendesak Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil meletakkan jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Digital berikutan beberapa masalah yang timbul termasuk isu membabitkan kumpulan The 1975 baru-baru ini.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata, kelakuan biadap yang ditonjolkan kumpulan pop dari United Kingdom (UK) termasuk menghina undang-undang negara menunjukkan kelonggaran dalam penguat kuasaan peraturan oleh kerajaan ada pada hari ini.
Menurutnya, Pas dan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini pernah meminta kerajaan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menjemput artis antarabangsa membuat persembahan di negara ini kerana ramai antara mereka menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Kumpulan The 1975 dan Cold Play merupakan antara ramai artis antarabangsa yang menyokong dan memperjuangkan agenda LGBT.
“Kerana itu kita minta kerajaan tapis dahulu sebelum meluluskan sesuatu konsert dan sekiranya membabitkan agenda seperti ini, jangan beri masuk awal-awal lagi,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana Isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas di sini, sebentar tadi.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, ketika perkara berkenaan dibawa ke Parlimen, pihak pembangkang telah dihentam oleh wakil rakyat dari blok kerajaan.
“Insiden yang berlaku pada Festival Good Vibes itu menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan dan sehubungan itu Menteri Komunikasi dan Digital wajib letak jawatan,” ujarnya
Terdahulu media melaporkan, persembahan kumpulan The 1975 itu dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya, Matty Healy yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara pada Festival Good Vibes yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, pada 21 Julai lalu.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source