Buntu sara keluarga kaki selepas dipotong akibat diabetes
BENTONG – Seorang bekas tentera buntu untuk menyara keluarga termasuk tiga anak yang masih bersekolah selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis kritikal.
Keadaan itu menyebabkan Manson Ayob, 66, yang sebelum ini bekerja kampung tidak dapat keluar untuk melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga.
Lebih mengharukan, dia telah diisytiharkan muflis selepas individu yang dijamin untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli kereta beberapa tahun lalu gagal membayarnya kepada sebuah institusi kewangan.
Manson yang merupakan veteran tentera tidak berpencen berkata, akibat komplikasi kencing manis, kaki kirinya dipotong pada 2014, sebelum kaki kanan pula dipotong pada 30 Jun lalu.
“Sebelum kaki kanan dipotong saya sudah membuang dua jari kaki, namun kaki saya membengkak selama empat bulan dan akhirnya terpaksa dipotong juga.
“Saya sedih memikirkan bagaimana hendak bekerja, tetapi saya tetap reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Piatu di sini semalam.
Menurut Manson, pada masa ini urusan hariannya bergantung kepada anak dan isterinya, yang mana pergerakannya hanya menggunakan kerusi roda yang disumbangkan pegawai khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh.
Katanya, pada masa ini dia masih buntu untuk mencari perbelanjaan pengurusan dirinya, termasuk membeli barangan perubatan, lampin pakai buang dan juga tambang teksi untuk rawatan di hospital.
Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini dia hanya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.
Selain itu, isterinya membuat dan menjual kuih bagi menambah wang belanja.
Manson yang belum pernah menerima bantuan daripada Pusat Zakat berkata, dia sedih apabila memikirkan perbelanjaan sekolah tiga anaknya iaitu dua di sekolah menengah dan seorang lagi di sekolah kebangsaan.
“Kalau dahulu saya mampu keluar bekerja dan menanam sayur di pinggir hutan belakang rumah, tetapi kini saya sudah tidak lagi berbuat apa-apa.
“Saya sedih memikirkan anak-anak tidak dapat membawa duit belanja ke sekolah,” katanya.
Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubung Manson di talian 011-21956576 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), Manson Ayob, 0670029000159240.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source