Raja Rozela akan bersara awal, tidak lagi ketuai pendakwaan kes Ahmad Zahid
PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan keputusan untuk menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat selepas timbalan pendakwa raya itu mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April lalu.
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harus dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan membuat pertimbangan yang teliti.
“Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April 2023. Pemohonan tersebut telah diluluskan dan akan berkuat kuasa pada 1 November 2023. Selanjutnya, Raja Rozela memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos tahun ini,” katanya.
Menurut Idrus, bagi mengendalikan kes Ahmad Zahid, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar telah dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan yang baharu dalam kes itu.
Pemilihan Mohd. Dusuki berdasarkan pengalaman luas hampir 30 tahun sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya.
“Mohd. Dusuki pada ketika ini merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi termasuklah kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Tambah beliau, memandangkan kes melibatkan Ahmad Zahid masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga bulan Disember tahun 2023, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan.
Ujar kenyataan itu, keputusan dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid tidak terjejas selain memastikan AGC dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Untuk rekod, pada 30 Ogos tahun lalu, Ahmad Zahid, 70, selesai mengemukakan keterangan bela diri yang mana keterangan itu telah didengar selama 17 hari bermula 13 April tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sepanjang prosiding, Ahmad Zahid memberi keterangan bersumpah menafikan secara berterusan kesemua 47 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Ahmad Zahid didakwa terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.
Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga buah syarikat.
Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
Selain itu Ahmad Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source