Gelombang biru merah di Negeri Sembilan, dulu lawan sekarang kawan – Ahmad Zahid
SEREMBAN – Gelombang biru dan merah bukan lagi satu kejutan di Negeri Sembilan sebaliknya akan bercantum membentuk sebuah kerajaan yang stabil pada Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos nanti.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak dinafikan beliau sendiri sebelum ini alergik dengan warna merah (Pakatan Harapan), tetapi kini lawan telah menjadi kawan.
“Ada kawan-kawan kata, Ahmad Zahid dulu saya alergik dengan warna biru (BN), aku pun alergik dengan warna merah (PH) itu dulu.
“Dulu lawan tetap lawan, tetapi sekarang lawan sudah jadi kawan, buat apa berlawan sekarang kita perlu perkukuhkan Kerajaan Perpaduan,” katanya pada Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan DUN Ampangan, Sikamat, Paroi dan Lenggeng di Stadium Paroi di sini malam tadi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kalau BN dan PH terus beremosi sudah tentu kedua-dua parti tidak akan berkongsi pentas dalam politik, sebaliknya kita berjuang bersama untuk kestabilan politik dan ekonomi negara.
Beliau berkata, perubahan polemik politik itu bukan sahaja dapat dilihat di Negeri Sembilan, malah gelombang biru merah di Kelantan memberikan satu kejutan yang mana program ceramah di negeri itu menerima kehadiran luar biasa lebih 10,000 orang.
“Ini berbanding Terengganu dan Kedah, Terengganu kadang kita kalah kemudian menang balik, tetapi firasat saya gelombang di Terengganu juga memihak pada kita, saya juga telah ke Langkawi, Kedah tengah hari tadi tidak ada sesuatu yang mustahil,” katanya.
Beliau turut mengingatkan dirinya bahawa tidak ada apa yang akan mendahului hukum Allah dan kuasa rakyat adalah kuasa keramat.
“Tidak mustahil Kelantan akan berada di bawah Kerajaan Perpaduan selepas 33 tahun, tidak mustahil Terengganu di bawah kita selepas satu penggal dan Kedah bersama kita selepas dua penggal,” katanya.
Jelas Ahmad Zahid, pada hari pengundian 12 Ogos nanti rakyat telah sedar bahawa dalam tempoh lapan bulan Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaksanakan tindakan yang sangat menjiwai perasaan rakyat.
“Mana ada seorang Perdana Menteri yang memikirkan soal tandas di sekolah seluruh Malaysia, Perdana Menteri lazimnya hanya menyantuni soal besar, antarabangsa dan global.
“Soal tandas pun diambil peduli oleh beliau apatah lagi klinik-klinik daif. Saya yakin tahun ini klinik-klinik daif di Negeri Sembilan akan diluluskan untuk dinaik taraf tahun depan, 100 peratus diperbaiki,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source