Suami ‘durjana’ mengaku salah cuba bunuh isteri
SEBERANG PERAI – Seorang pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas tuduhan cubaan membunuh isterinya, 31 Julai lalu.
Tertuduh, R. Rethinasamy, 36, bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menyebabkan kecederaan seorang wanita di ladang Mayfield, Tasek Gelugor di sini pada pukul 10.30 malam.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam prosiding tersebut, Wan Amira menentang sekeras-kerasnya sebarang ikat jamin atas faktor tahap keseriusan jenayah yang dilakukan oleh tertuduh.
“Mangsa yang terlibat adalah isteri OKT (Orang Kena Tahan) sendiri dan seperti yang tular di media sosial, tertuduh bertindak membakar isteri sendiri. Mangsa kini masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat melecur tahap ketiga di keseluruhan badan,” katanya.
Hakim Zulhazmi kemudiannya menetapkan 11 September sebagai tarikh serahan laporan perubatan dan lantikan peguam.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun mengalami kecederaan melecur sehingga 27 peratus pada badan akibat dibakar suaminya menggunakan minyak petrol di rumah mereka selepas berlaku perselisihan faham keluarga. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source