Nenek obses hidup umpama Barbie
PATUNG Barbie sememangnya antara karakter yang paling ikonik dan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan peminatnya.
Keunikan yang ada pada koleksi patung Barbie bukan sahaja membuatkan orang menjadi obses untuk mengumpulnya, malah ada yang sehingga sanggup berhabisan wang untuk menjalani hidup umpama Barbie.
Dena Daniels, 54, yang merupakan seorang nenek dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) merupakan peminat tegar patung Barbie sejak kecil.
Malah, wanita itu juga sanggup mengecat dan menghias kediamannya dengan warna merah jambu yang cukup sinonim dengan karakter Barbie dan menyifatkan ia sebagai kehidupan yang amat diimpikannya.
Kesemua barangan rumah Daniels dicat dengan warna merah jambu, malah dia juga turut membeli sebuah kotak patung Barbie bersaiz manusia yang diletakkan di hadapan rumahnya semata-mata untuk melakukan posing ala Barbie.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengakui bahawa selama ini dia menyembunyikan dirinya yang sebenar iaitu kegilaan terhadap warna merah jambu dan kehidupan umpama patung Barbie, kerana bimbang tentang tanggapan orang luar terhadapnya terutamanya lelaki.
“Sebelum ini saya sentiasa berasa bimbang tentang tanggapan orang di sekeliling saya, terutamanya lelaki.
“Namun, satu hari, saya tersedar bahawa semakin lama usia saya semakin meningkat dan saya seharusnya melakukan apa sahaja yang saya mahukan.
“Saya mahu menjadi diri sendiri,” katanya.
Daniels kemudian menukar rumahnya menjadi kediaman Barbie sebenar.
“Saya sememangnya amat meminati patung Barbie sejak kecil.
“Namun, saya bukanlah pengumpul Barbie tetapi saya berhasrat untuk menjadi Barbie dan memiliki aksesori Barbie,” jelasnya yang turut mempunyai cucu.
Begitu pun, tindakan Daniels itu turut dipersoalkan oleh beberapa individu, yang menganggap pada usia sedemikian. Daniels tidak sepatutnya bermain dengan patung Barbie.
“Tetapi bagi saya ia bukanlah sesuatu yang salah kerana sekarang semua orang sedang obses dengan Barbie,” ujarnya.
Daniels yang turut memandu sebuah kenderaan VW Beetle berwarna merah jambu mengakui ketagihannya terhadap rona itu menyebabkan dia tidak boleh berhenti.
“Saya akan terus meminati semua barangan yang berwarna merah jambu sehinggalah saya jelak,” katanya.
Kongsi Daniels lagi, memandangkan dia kini menjalani hidup sebagai Barbie, ramai yang bertanya kepadanya adakah dia mahu seorang Ken di sisinya.
Biarpun berstatus nenek, tidak dapat dipastikan jika dia pernah berkahwin.
Jelas wanita berambut perang itu, buat masa ini, dia tidak mencari mana-mana lelaki untuk dijadikan sebagai Ken dalam hidupnya memandangkan dia lebih selesa bersendirian.
“Bukanlah saya menganggap lelaki tidak akan berasa selesa tinggal di dalam rumah Barbie saya, namun saya memilih untuk tidak mempunyai suami dan lebih selesa hidup sendiri.
“Sebelum ini, saya ada berkenalan dan berpacaran dengan beberapa orang lelaki, namun saya menganggap kehidupan berpasangan itu mungkin bukan untuk saya,” katanya yang menganggap bahawa kehidupan yang dijalaninya kini adalah satu bentuk terapi bagi menyembuhkan jiwa kanak-kanaknya yang satu ketika dahulu amat mengimpikan untuk hidup sebagai Barbie.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source