PRK Parlimen Kuala Terengganu: Ahmad Amzad menang majoriti 47,266 undi
KUALA TERENGGANU: Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Amzad Hashim berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 47,266 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.
Ahmad Amzad mencatat kemenangan buat kali ketiga dengan majoriti jauh lebih besar berbanding kemenangan kali pertama di Parlimen itu pada PRU-14 yang lalu dan kemenangan kedua pada PRU-15 tahun lalu.
Beliau mendapat sebanyak 68,369 undi untuk mengetepikan calon Pakatan Harapan (PH) Azan Ismail yang memperolehi sebanyak 21,103 undi.
Menurutnya, kemenangan itu juga diharap dapat ‘menutup mulut’ pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkannya dengan isu rasuah sebelum ini.
“Alhamdulillah, dengan majoriti yang jauh lebih besar malam ini tidak akan dipertikaikan lagi mana-mana pihak.
“Saya memang menyerahkan sepenuhnya nasib kepada pengundi untuk mengadili saya dalam PRK kali ini, malah banyak bahan kempen seperti poster pun kita kitar semula guna tahun lalu, tidak membazir.
“Tumpuan sekarang adalah untuk menjaga rakyat dan menyambung semula fokus dengan apa yang dirancang untuk Parlimen Kuala Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.
Untuk rekod, pada PRU-14 lalu, Ahmad Amzad menang dengan majoriti 14,773 undi selepas memperoleh 42,988 undi menewaskan calon dari BN, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (28,215 undi) serta calon PH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (15,380 undi).
Pada PRU-15, beliau sekali lagi mempertahankan kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 40,907 undi.
Ahmad Amzad berjaya mendapat 63,016 undi mengetepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Raja Kamarul Bahrin dari PH yang mendapat 10,946 undi; Datuk Mohd Zubir Embong daripada Barisan Nasional (BN) dengan 22,109 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi).
Bagaimanapun, PRK Kuala Terengganu terpaksa diadakan semula selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh kempen pilihan raya bagi Parlimen tersebut.
Sebelum itu, UMNO Terengganu pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen tersebut di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source