Watie Kongsi Ciri Suami Idaman, Semua Ada Pada Shuib
Sejak mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu, perkongsian pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah pasti akan menjadi bualan ramai.
Baru-baru ini, Watie mendedahkan ciri-ciri jodoh yang dia inginkan untuk dijadikan sebagai suami. Menurutnya, dia tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah agar ditemukan dengan jodoh diinginkan.
BACA: Pujuk Anak Tiri Merajuk, Watie Dipuji Netizen
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Watie turut berkongsikan ciri-ciri suami idamannya seorang yang kelakar, pandai bermain gitar, bersuara merdu dan seorang pemain golf.
“Dari dulu bila berdoa pasal jodoh, mesti doa semoga Allah jodohkan dengan seseorang yang.. kelakar (sebab dia kena hari-hari buat lawak, bagi ketawa sebab kalau sehari tak ketawa rasa macam suram hidup).
“Pandai main gitar (supaya kalau tak pergi karok dia boleh mainkan gitar untuk kita nyanyi). Suara kena sedap (sebab dia kena nyanyi sama-sama sambil petik gitar).
“Golfer (masa ni ciri-ciri mula bertambah masa umur 27 tahun sebab time ni dah mula suka dengan golf,” kongsinya.
Dalam pada itu, Watie turut meluahkan rasa syukur doanya dimakbulkan untuk memiliki suami idamannya dan melihat pada ciri-ciri tersebut ada pada Shuib.
“Banyak lagi lah sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tu tapi tak sangka Allah tu maha mendengar kan… sebab banyak yang kita nak tu, banyak jugak yang Allah makbulkan… Alhamdulillah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Watie turut menitipkan nasihat supaya tidak berhenti berdoa untuk bertemu jodoh dan perlu bersabar.
“Jadi kat sini kita nak bagi semangat kat korang yang belum bertemu jodoh,l ambat bertemu jodoh, jangan risau ok. Jangan pernah berhenti berdoa untuk Allah temukan dengan jodoh yang korang inginkan. Insha Allah Jodoh Pasti Bertemu Kerana Sabar Itu Begitu Indah,” tulisnya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source