Beri lampu hijau, susah cari wanita macam Watie – Shuib
KUALA LUMPUR – “Susah cari wanita seperti dia. Watie pernah cakap, dia hadir dalam hidup saya untuk hilangkan kesedihan.”
Itu antara pujian pelawak juga usahawan terkenal, Shuib menangkis dakwaan tidak menjaga hati isterinya, Watie dek kerap berkongsi kerinduan terhadap Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Jelas Shuib, dia bertuah dikurniakan Watie sebagai teman hidup yang sangat memahami situasinya sehingga memberikan lampu hijau untuk memuat naik sebarang hantaran mengenai isteri pertamanya itu.
“Pada awal perhubungan saya ada bertanyakan kepadanya tetapi dia pula cakap, kenapa perlu tanya? Kongsi sahaja sebab dia pun tak kisah.
“Inilah antara sebab saya pilih Watie. Orang lain mungkin tak nampak, tapi saya dah lihat perkara ini sejak awal lagi dan saya sifatkan Watie ditakdirkan untuk saya.
“Susah cari wanita seperti dia,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media isu saman fitnah yang diadakan di Bubblebee, Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini.
Menurut pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad itu, kesedihan kehilangan insan tersayang kini diganti dengan kehadiran suri yang serba memahami.
Malah pemilik nama lengkap Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah itu juga pernah menemaninya menziarahi kubur arwah Siti Sarah.
“Saya akan menziarahi kubur arwah beberapa kali dalam seminggu kerana sangat dekat dengan pejabat Suria FM.
“Saya telah melalui saat yang sangat menyedihkan tapi Allah gantikan dengan seseorang yang sangat okey dan terima keadaan saya.
“Watie pernah cakap, dia hadir dalam hidup saya untuk hilangkan kesedihan. Jadi, apabila dah kahwin dia tak mahu jadi beban.
“Dia pun ada ikut ke kubur tapi saya tak tunjuk. Sebenarnya kalau dah lama saya tak cakap fasal Siti Sarah, dia pula yang pelik,” kongsi penyampai radio itu lagi.
Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah yang juga penyanyi pada 2011, namun Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.
Perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, dua tahun.
Shuib kemudian mengahwini ahli perniagaan berusia 35 tahun itu pada 23 Jun lalu selepas lebih sebulan menjalin pertunangan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source