Isteri Pertama Rahim Sepahtu Ambil Masa 2 Minggu Nak ‘Move On’ Sebelum Dimadukan
Baru-baru ini, isteri pertama kepada pelawak Rahim Sepahtu iaitu Norazlin Abdullah berkongsikan dia bertindak mengurung diri selama dua minggu apabila diberitahu suaminya bakal bernikah lagi.
Perkara itu didedahkan oleh Azlin bersama Sinar FM baru-baru ini. Azlin berkata sebagai wanita sudah pasti dia sedih apabila mendapat tahu mengenai perkara itu.
Menurutnya lagi, sepanjang tempoh dua minggu itu dia hanya duduk di dalam bilik namun dia mengambil keputusan untuk move on serta mengakui Rahim memainkan peranan yang baik sebagai suami.
@sinar_my Penerimaan isteri pertama bila dapat tahu Abang Vell berkahwin lagi satu. Kak Kolin ambil masa 2 minggu berkurung dalam bilik tau. Tapi positif je penerimaan Kak Kolin bila fikir ni bahagian dirinya. #PagiDiSINAR #fyp? #xyzbca #abangvell #abangtesla
“Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih.
“Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu, macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja. Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.
“Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana. Kemudian baru diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu,” katanya.
Dalam pada itu, Azlin berkongsikan ibunya merupakan sumber kekuatan buat dirinya serta menyifatkan apa yang berlaku itu adalah bahagian hidupnya.
“Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).
“Waktu berlaku itu saya senang dengan suami, tak akan saya nak lepaskan dia., tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan,” katanya.
Untuk rekod, Rahim mempunyai dua isteri iaitu Norazlina dan Lily Khay. Rahim mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya pada 2015 atas persetujuan isteri pertama.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source