Wanita digigit buaya kini ditempatkan di hospital
REMBAU – Seorang wanita berdepan detik cemas digigit buaya dalam kejadian dipercayai di Sungai Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka lalu dikejarkan rakannya ke jeti Sungai Timun, Rembau, di sini, petang tadi.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa bersama berberapa kenalan ingin pergi `mengoca’ menyusuri sungai berhampiran perkampungan berkenaan dan baharu sahaja turun dari botnya.
Menurut pesanan suara yang tular dalam komuniti WhatsApp setempat, sebaik turun dari bot, mangsa telah mengikut tali bot ke badannya dan buat beberapa ketika telah mengubah lokasi untuk `mengoca’.
“Masa selamatkan tu dia (mangsa) dah dekat tengah sungai. Macam buaya Pak Itam (nama panggilan buaya tembaga) tu. Mungkin sebab berat bot jadi tak dapat nak bawa ke teluk dia. Terus bawa balik ke pengkalan dan dikejarkan ke klinik. Masa tu kaki macam dah terkulai,” kata mesej tular berkenaan.
Sementara itu, sumber polis mengesahkan ada menerima maklumat berkenaan kes digigit buaya itu dan mangsa berusia lingkungan 50an kini ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.
Menurut sumber berkenaan, buat masa ini tiada laporan polis diterima dan kes berlaku di Melaka. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source