Johor cari lubuk emas baharu di Sukma 2024
JOHOR BAHRU: Juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, Johor bertekad mempertahankan gelaran apabila temasya kembali di Sarawak tahun depan.
Biarpun sukan kanu yang menjadi lubuk emas kontinjen Johor tidak dipertandingkan pada edisi tersebut, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) tetap optimis mampu mengulangi kejayaan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, program pembangunan sukan di negeri itu berjalan lancar dan MSNJ telah mengenal pasti bakat baharu.
“Kita akan cuba sedaya upaya pertahankan gelaran juara keseluruhan. Bagaimanapun, untuk mengulangi pencapaian lalu (77 emas) agak sukar kerana atlet sebelum ini sudah melebihi had umur untuk bertanding pada Sukma.
“Dahulu sukan kanu menjadi lubuk emas, namun setelah dapat tahu ia tidak disenaraikan di Sarawak, tumpuan kita terarah kepada olahraga sebagai potensi menyumbang pingat,” katanya selepas merasmikan Sukan Bangsa Johor 2023 di Stadium Arena MBJB semalam.
Johor memahat sejarah muncul juara keseluruhan Sukma di Kuala Lumpur apabila membawa pulang 77 emas berbanding 55 pingat emas yang disasarkan.
Mohd. Hairi akan mengadakan perbincangan lanjut bersama MSNJ bagi menetapkan sasaran pingat serta melengkapkan senarai pendek atlet pada awal tahun depan.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source