Saya bersedia untuk dibicara – Zuraina
SHAH ALAM – Seorang suri rumah gagal dalam representasi mengugurkan pertuduhan berhubung laporan palsu terhadap sebuah madrasah apabila ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman semasa sebutan kes di hadapan Majistet Mohamad Reza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Representasi tersebut difailkan Zuraina Zamri, 45, pada 20 Januari lalu dengan keputusan sepatutnya diketahui pada 9 Mac lalu.
Ini berikutan pihak pendakwaan sebelum ini memohon ia ditangguhkan kerana AGC masih memerlukan masa.
Mengikut kertas pertuduhan, Zuraina telah membuat laporan polis palsu pada 21 Ogos lalu, di Balai Polis Taman Sri Muda dengan mendakwa sebuah premis merawat dan pemulihan Shah Alam telah mendera anak lelakinya ketika mendapatkan rawatan di pusat itu.
Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 13 Oktober depan bagi penetapan tarikh perbicaraan.
Dalam pada itu, Zuraina ketika ditemui selepas prosiding tersebut menjelaskan bersedia untuk dibicarakan dengan pihaknya diwakili Peguam Muhammad Izzat Irfan Taib, mempunyai dokumen berkaitan dalam isu pembuktian berhubung laporan tersebut.
“Saya bersedia (bicara itu). Sudah tentu amat berharap keadilan dapat dibuktikan dengan sewajarnya bagi pihak saya,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Muhammad Izzat memaklumkan agar pihak pendakwaan memandang serius kerana telah memfailkan representasi sejak 20 Januari lalu dengan pengurusan kes telah berlangsung selama empat kali.
“Jika (pendakwaan) tidak dapat, harap anak guam dilepas tanpa bebas. Anak guam saya datang setiap kali CM. Tidak pernah melarikan diri,” katanya.
Terdahulu, kejadian dera pelatih itu yang didakwa berlaku di sebuah madrasah di Shah Alam terbongkar selepas sebuah keluarga mahu menghantar kek dan makanan ke pusat berkenaan. -KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source