Duduk menempek, Diana, Farid kembali rujuk?
PETALING JAYA – Bukan lagi berstatus pasangan suami isteri sejak 10 Ogos lalu, kemesraan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle ketika menjayakan sebuah program temu bual menarik perhatian ramai.
Menerusi untaian video pendek yang dimuat naik sebuah portal hiburan, Farid, dilihat duduk bersebelahan dengan Diana dan tidak kekok diwawancara untuk sebuah program audio siar atau podcast.
Perkongsian tersebut seperti memberi bayangan bahawa Farid dan Diana kini dalam proses untuk rujuk semula sebagai pasangan suami isteri.
Bahkan, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari tidak segan mengulang siar semula video temu bual terbabit menerusi akaun Instagram miliknya.
“Walaupun (perceraian) satu musibah, apa yang terjadi juga boleh dilihat sebagai satu nikmat,” ujar Farid, 42.
Sementara itu, dalam satu video lain, Diana yang kini masih dalam edah pula sedar tentang risiko yang diambilnya demi ketenteraman kehidupan peribadi dan keluarganya.
“Apa yang orang nak tulis adalah hasil akibat daripada perbuatan atau keputusan kami.“Saya seorang wanita yang akan ambil risiko dan saya tak kisah kalau orang tidak bersetuju dengan tindakan saya,” demikian kata pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson itu.
Dalam siri video pendek yang dikongsikan dalam media sosial, Farid juga dilihat bersahaja meletakkan tanggan seakan-pakan memeluk bahu Diana ketika diwawancara.
Turut kelihatan aksi mesra dua selebriti itu duduk begitu rapat bahkan Diana memegang mikrofon tatkala Farid menjawab soalan yang diutarakan kepadanya.
Menjengah ruangan komen, banyak kata-kata positif dikongsikan netizen termasuk rakan selebriti yang mengharapkan agar mereka berdua rujuk semula sebagai suami isteri.
“Alhamdulillah, rujuk semula. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke jannah,” itu antara komen netizen.
Bagaimanapun, setakat ini, mereka masih belum mengesahkan spekulasi yang hangat diperkatakan itu.
Pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – HIBGLAM
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source