“Farid Kamil, Diana Danielle Sama-Sama Buang Ego”
Pelakon Linda Hashim berkata dia dan suaminya, Beego gembira apabila mengetahui mengenai perkhabaran pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk bersama.
Memetik Harian Metro, Linda berkata kedua-dua mereka membuang ego kerana jika tidak mereka tidak akan kembali berbaik semula.
BACA: Beego & Linda Muhasabah Diri, Jadi Macam Pasangan Baru Bercinta
“Saya sebenarnya gembira apabila baca cerita Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk serta bersama. Saya ada beritahu Beego dan dia senyum tanda gembira dengan keputusan mereka.
“Bagi saya, mereka sama-sama buang ego sebenarnya. Kalau ada ego, mereka takkan dapat berbaik semula macam sekarang,” katanya.
Linda berkata apa yang dilalui oleh Farid dan Diana pernah dialami oleh dia dan suaminya sebelum ini. Ujarnya lagi, apa yang berlaku diambil sebagai pengajaran.
“Apa yang berlaku kepada mereka sama juga dengan yang kami alami. Kami bercerai sekitar tiga minggu sebelum ambil keputusan rujuk semula.
“Biasanya kes pasangan bercerai babitkan dua benda iaitu orang ketiga dan ego yang tinggi dalam diri. Kalau ego tinggi memang susah nak balik semula.
“Benda itu kena buang dan masing-masing kena ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran. Sebab tak semua orang nak bercerai dalam rumah tangga,” katanya .
Dalam pada itu, Linda berkata segala yang berlaku adalah ketentuan Allah dan tiada siapa yang mahu bercerai. Katanya lagi, ada juga yang bercerai kerana mahu mengajar suami.
“Mungkin masing-masing dah tak tahu nak buat apa dan ego yang tinggi, akhirnya buat keputusan nak cerai. Tapi sebenarnya masalah biasa saja. Masalah sebenarnya ialah ego dalam diri masing-masing.
“Saya pernah berbual dengan orang mahkamah juga sebelum ini. Katanya, cerai ini sebab itu ada rujuknya. Kadang-kadang yang banyak minta cerai adalah isteri.
“Mereka minta cerai atas tujuan bukan nak putus. Tiada orang yang nak bercerai. Ada kebanyakan orang bercerai sebab nak ajar suaminya. Maksudnya bagi pengajaran,” katanya.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source