Bas tiba tiba terbakar sewaktu pemandu berhenti makan
SEGAMAT : Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang berlaku kepada seorang pemandu bas selepas terselamat apabila bas yang diletakkan di tempat letak kenderaan terbakar secara tiba-tiba di Jalan Ibrahim, di sini pagi ini.
Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar (BBP) Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Muhd Hazim Abdul Razak, pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada pukul 11.18 pagi mengenai kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati terdapat kebakaran bas jenis SKS telah terbakar 70% semasa bas tersebut di petak meletak kenderaan.
“Menurut maklumat awal, bas tersebut dari Ayer Hitam ke Segamat. Setelah selesai menghantar semua penumpang, pemandu bas berhenti seketika di tempat berkenaan untuk membeli makanan.
“Malangnya apabila sampai semula di tempat bas itu, didapati bas sudah terbakar. Mujur pemandu dan penumpang tiada di dalamnya.
“Pihak bomba telah bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu salur bantu mula satu aliran 200 kaki satu pancutan dari sumber air pili bomba yang berdekatan,”katanya ketika ditemui di Balai Bomba Segamat.
Tambah Muhd Hazim, insiden tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa.
Orang awam telah membuat panggilan memaklumkan mengenai kejadian dan satu jentera dari BBP Segamat dengan kekuatan keseluruhan seramai enam orang anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Operasi telah ditamatkan pada kira-kira pukul 12.25 tengah hari. –UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source