Kerajaan kembung perut boleh rebah bila-bila masa – Abdul Hadi Awang
BENTONG – Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan yang ada pada hari ini tidak kukuh dan boleh runtuh pada bila-bila masa.
Selain itu beliau turut mendakwa negara turut berhadapan bahaya kumpulan bukan Islam yang bergerak untuk menguasai negara.
“Sekarang ini kerajaan tidak kukuh, kerajaan dalam keadaan kembung perut, boleh cirit birit pada bila-bila masa sahaja, boleh rebah bila-bila masa sahaja.
“Jadi pilih calon yang layak untuk menjadi wakil kita bukan untuk berbual di kedai kopi tetapi untuk masuk Dewan Undangan Negeri menyampaikan perjuangan kita dan melaksanakan kewajipan agama mencegah kemungkaran,”katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana N36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini malam semalam.
Menurut Abdul Hadi, rakyat memerlukan pemimpin yang mendukung perjuangan Perikatan Nasional (PN) untuk membuat perubahan.
Jelasnya tugas calon yang dipilih adalah menjadi wakil untuk melakukan amal maaruf nahi mungkar dan bukan calon hanya hanya ‘senyap’ ketika berlaku kemungkaran.
“Cikgu Kasim ada kemampuan dalam menunaikan kewajipan amal maaruf nahi mungkar, dia mendapat pendidikan tinggi, akademik lulusan Kolej Islam, cukup syarat menjadi pemimpin,”katanya.
Dalam pada itu Abdul Hadi berkata, umat Islam mempunyai tanggungjawab besar menunaikan tanggungjawab menyelamatkan negara khususnya daripada kumpulan bukan Islam yang bergerak untuk menguasai negara.
Katanya, umat Islam perlu ingat bahawa tanggungjawab mereka memilih pemimpin itu akan menjadi amalan dan akan ditanya oleh Allah pada hari kiamat.
“Kita jangan ingat malaikat yang tulis amalan tunggu dekat tikar sembahyang dekat masjid lepas itu tutup buku, malaikat tulis semua.
“Kerja kita, rezeki kita, percakapan kita, pengurusan kita, pemimpin yang kita pilih siapa dia, kita ikut siapa, semua malaikat tulis.
“Ada suratan amal yang tidak boleh ditipu, nak jawab ker tuhan, tuhan tanya kenapa pilih yang itu sebab RM50 kalau boleh jawab silalah,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source