“Saya Memang Pilih Haq Jadi Suami Sebab Mama Dia Garang Sangat”
Pelakon Elisya Sandha berkata dia menyifatkan ianya satu rezeki buat dirinya apabila dikurniakan ibu bapa mentua yang baik serta menyayangi dirinya.
Memetik Harian Metro, Elisya berkata ibu bapa mentuanya banyak membantu dirinya dan suami dalam penjagaan anak apabila mereka sibuk dengan kerja.
BACA: Elisya Sandha Menangis, Mental Terganggu Tengok Anak Sakit
“Dikurniakan mentua yang baik adalah rezeki buat saya. Malah, saya tidak pernah sangka akan memperoleh rezeki dianugerahkan ibu bapa mentua yang sangat menyayangi saya sepenuh hati mereka.
“Apatah lagi, sebagai suami isteri bekerja, saya agak kurang selesa dan tidak berani meninggalkan anak di bawah jagaan pembantu saja. Alhamdulillah, mama Sheila sentiasa ada untuk menjaga Bunga apabila kami berdua sibuk dengan kerja,” katanya.
Ada segelintir netizen melabel dirinya sebagai ‘menantu bertuah’, Elisya merasakan wajar untuknya disayangi kerana dia menantu sulung dalam keluarga Jinggo dan Sheila Rusly.
“Dalam soal disayangi mentua ini, memang bergantung rezeki seseorang juga kerana saya tahu ada segelintir menantu lain yang terpaksa berhadapan krisis dengan ibu atau bapa mentua mereka.
“Ujian dalam kehidupan setiap daripada kita semua berbeza. Sebelum kahwin dengan Haq dulu, ramai saja yang tanya betul ke saya memang pilih Haq jadi suami sebab mama dia garang sangat.
“Saya kata pada mereka yang tanya itu, mama sangat baik sebenarnya dan hati penuh kasih sayang. Cuma, orang saja yang tidak tahu. Jadi, kena kenal mama betul-betul dulu dan rapat dengannya,” katanya.
Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Bunga Elhaq pada 18 Jun 2022.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source