Rumah 4 tingkat runtuh selepas pemilik abai amaran kerosakan
BANDAR RAYA HO CHI MINH – Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera dihempap konkrit selepas sebuah rumah empat tingkat yang sedang diubah suai runtuh di Vietnam, lapor laman berita Vietnam.vn semalam.
Timbalan Ketua Pasukan Pemadam Kebakaran dan Penyelamat Jabatan Polis Bandar Raya Ho Chi Minh, Hyunh Nguyen Thuan berkata, kejadian berlaku selepas pemilik rumah mengalihkan papan tanda amaran dan mengupah pekerja untuk membaiki kerosakan pada kediaman tersebut.
Menurut Huynh, seramai sembilan orang berada di kawasan tersebut ketika kejadian. Dua daripada mereka berada di luar rumah manakala tujuh lagi dihempap konkrit runtuh.
Petugas kecemasan yang tiba di lokasi kejadian segera menyelamatkan lima mangsa dan membawa mereka ke unit kecemasan, manakala dua lagi dilaporkan terperangkap jauh di bawah runtuhan.
“Tempat kejadian sangat berbahaya ketika ini, dua mangsa terperangkap jauh di dalam runtuhan. Seorang mangsa dihempap konkrit dan mengalami kecederaan tulang belakang.
“Untuk memastikan mangsa selamat sebelum dibawa keluar, kami meminta doktor dari daerah Binh Thanh ke tempat kejadian untuk memberikan pertolongan cemas,” katanya.
Kaki seorang lagi mangsa dihempap konkrit sehingga sukar diselamatkan. Pasukan itu berjaya mengeluarkan mangsa yang mengalami patah kaki selepas menggunakan mesin untuk memotong konkrit di sekelilingnya. – Agensi
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source