Program kutipan sisa, kitar semula Nestle Malaysia bakal cecah 12,000 tan 2023
PETALING JAYA – Komitmen Nestle Malaysia terhadap kelestarian masih berterusan apabila terus mengambil langkah berani untuk melindungi alam sekitar dan berusaha membuat perubahan ke arah pelepasan karbon sifar dan bebas plastik.
Baru-baru ini, syarikat telah menghimpunkan seramai 400 sukarelawan Nestle Cares yang terlibat dalam pembersihan pantai dan lautan tahunannya di seluruh negara.
Melalui usaha tersebut, kumpulan tersebut berjaya mengumpul sejumlah dua tan sisa diperoleh dari lapan pantai di seluruh Malaysia.
Selain itu, Nestle juga sekali lagi meluaskan usahanya di bawah alunan ombak dengan melaksanakan pembersihan bawah laut di Pulau Perhentian, Terengganu dan Pulau Mabul, Sabah, yang mana penanaman terumbu karang juga berlaku.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pembersihan pantai dan dalam laut tahunan anjuran syarikat adalah platform yang baik untuk penglibatan sivik dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pekerja mereka.
Menurutnya, tindakan mereka dalam terus memerangi pencemaran plastik dan peneraju bebas plastik adalah selari dengan kandungan pengurangan plastik baharu yang berterusan dalam produk mereka.
“Usaha kami untuk mempromosikan pengurusan sisa yang bertanggungjawab di Malaysia melalui pengumpulan, pengasingan dan kitar semula bahan-bahan.
“Kami sangat gembira melihat para sukarelawan Nestle Cares sekali lagi berkumpul di seluruh negara.
“Kami berbesar hati dengan penglibatan wakil daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC),” katanya.
Tambah Aranols, tindakan kolektif adalah kunci untuk mengatasi cabaran alam sekitar dan menerajui perubahan yang bermakna ke arah negara yang lebih lestari.
Dalam pada itu, beliau berharap, inisiatif ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meningkatkan usaha dan Nestle menyeru rakyat untuk menyertai mereka dalam menjaga planet dan lautan dengan lebih baik menerusi pelupusan sisa plastik yang dibuat secara bertanggungjawab.
Plastik yang dikumpulkan daripada aktiviti tersebut hanyalah sebahagian daripada program kutipan syarikat yang meluas.
Program utamanya adalah projek SAVE yang memberi tumpuan terhadap bebas plastik menerusi lima inisiatif sukarela Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR), iaitu Program kita recycle (KITaR) yang melibatkan kawasan luar bandar, program kutipan plastik Sungai Klang, projek CARETon, program kitar semula strata dan program kutipan serta kitar semula pintu ke pintu. -KOSMO!ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source