Faysal Saad tak patah semangat
NAMANYA belum cukup teguh untuk selayaknya membawakan watak utama dalam sebuah persembahan teater. Apatah lagi, menjayakan karakter berdasarkan karya Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said, T. Pinkie.
Itu antara persepsi awal yang menjadi bualan peminat karya agung itu apabila nama pendatang baharu, Faysal Saad yang membawakan watak Muhairi muda di pentas teater, Lantai T. Pinkie.
Menganggap itu sebagai satu peluang dan ruang untuk membuktikan bakat, Faysal berkata, dia terbuka untuk menerima sebarang kritikan sementelah sedar, pengalamannya dalam dunia teater masih hijau.
“Saya tahu, memang ada yang mempersoalkan pemilihan saya sebagai Muhairi muda. Saya anggap itu perkara biasa. Saya pun tidak mahu terlalu memikirkan soal kritikan dan kecaman.
‘Mana yang baik, saya ambil dan jadikan panduan untuk terus berjaya. Mana yang mungkin mengguris hati, saya anggap itu adalah lumrah anak seni. Ihat sahaja mereka yang berpengalaman.
“Ini adalah satu ruang pembelajaran. Saya tidak mahu terlalu beriya atau sampai tertekan untuk menjayakan watak tersebut. Biarlah ini menjadi sesi menimba ilmu daripada pelakon hebat lain,” ujarnya.
Lantai T. Pinkie yang sudah pun melabuhkan tirainya hari ini mendapat sentuhan sutradara, Siti Rosminah Tahir merupakan terbitan rumah produksi, CTRA Production.
Muzikal ini turut menampilkan Linda Nanuwil, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jalaluddin Hassan, Serra Kamal, Zaifri Husin, Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi.
Bercerita tentang perjalanan seninya, Faysal sebenarnya bermula sebagai seorang penyanyi. Biarpun aktif dalam dunia teater, namun nyanyian tetap menjadi keutamaannya.
Apatah lagi, dia baru sahaja melancarkan single keduanya, Peluang. Lantas pentas Lantai T. Pinkie juga merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan jenama diri kepada umum.
“Kalau tanya antara nyanyian dan lakonan, semestinya cinta pertama saya adalah seni muzik. Tetapi tidak bermakna saya perlu hadkan diri dan hanya selesa dalam satu-satu bidang sahaja.
“Apatah lagi, industri seni tempatan menawarkan peluang yang besar kepada mereka yang benar-benar berusaha. Tidak salah jika saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza.
“Lantai T. Pinkie pun memerlukan saya untuk menyanyi sambil berlakon. Itu seperti satu ruang untuk saya memberitahu kepada umum bakat saya. Ramai juga yang tanya tentang single saya,”ujarnya.
PELUANG
Bercakap tentang Peluang, lagu ciptaan Arean Patriot Band dan lirik oleh Narnia itu merupakan kesinambungan daripada lagu Saksi yang menjadi buah tangan pertamanya dalam dunia muzik.
Mengharapkan sambutan yang menggalakkan daripada peminat, Faysal yang sebelum ini menyertai program realiti, All Together Now tidak mahu populariti menjadi tujuan dia menyanyi.
“Populariti itu memang penting. Tak pernah saya nafikan. Tetapi untuk saya melakukan sesuatu di luar batas, tidak mengapalah. Biarlah perlahan-lahan, asalkan tidak terpalit dengan perkara negatif.
“Saya juga percaya kepada rezeki. Ramai sahaja penyanyi yang bermula dari bawah dan tidak mendapat sokongan ketika dua single pertama. Namun itu tidak mematahkan semangat mereka.
“Bakat itu penting dan usaha juga sama selari. Tidak boleh kita mengharapkan kontroversi semata-mata untuk glamor sementara. Tak seronok macam itu. Cepat panas, cepat nanti sejuk,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source