Mekar: 19 penduduk Pulau Redang dapat kad pengenalan baharu
KUALA NERUS : Seramai 19 penduduk di Pulau Redang di sini lega apabila dapat membuat kad pengenalan baharu dengan mudah dan menjimatkan menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) yang dilaksanakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu di pulau tersebut.
Seorang penduduk, Mohd. Nasir Mat Sam, 47 berkata, dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuat pertukaran kad pengenalan baharu kerana kekangan kewangan untuk pergi ke Kuala Terengganu.
Menurutnya, dia memerlukan perbelanjaan kira-kira RM200 sekiranya mahu pergi membuat kad pengenalan baharu di pejabat JPN di Kuala Terengganu.
Setiap kali ke bandar, kos teksi yang perlu dibayar dari Jeti Merang ke Kuala Terengganu adalah antara RM160 hingga RM200 untuk pergi dan balik.
“Sekiranya, urusan tak selesai, saya terpaksa sewa hotel pula untuk bermalam, sebab tu saya tangguh dulu urusan yang kurang penting untuk ke bandar, lagipun kita tahu JPN memang ada turun padang buat program ke Pulau Redang. Syukur akhirnya dapat juga saya miliki kad pengenalan baharu,” katanya.
Beliau adalah antara 19 penduduk Pulau Redang yang menerima dokumen pengenalan diri sempena Program Mekar Komuniti di pulau itu, hari ini.
Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah JPN Negeri Terengganu, Mohamad Nasir Kareem.
Seorang lagi penduduk warga emas, Rj Abdullah Rj Husain, 77, berkata, dia juga gembira dan bersyukur kerana proses permohonan kad pengenalan dapat diselesaikan dengan lebih mudah tanpa perlu bersusah payah keluar dari Pulau Redang memandangkan dia menghadapi masalah kesihatan.
“Saya tak begitu sihat untuk keluar naik bot pergi buat MyKad baharu ke bandar, Alhamdulillah terima kasih JPN, dapat jimat masa dan jimatkan duit,” ujarnya.
Sementara itu, Mohamad Nasir berkata, pada Ogos lalu, pasukan Mekar JPN Terengganu telah ‘berkampung’ di Pulau Redang untuk memproses permohonan kad pengenalan kali pertama bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan gantian kad pengenalan yang rosak di pulau berkenaan.
Menurutnya, JPN memahami kekangan yang dihadapi penduduk pulau seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang berdepan kekangan masa serta kewangan untuk menguruskan dokumen pengenalan diri ini. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source