Muktamar Pas 2023: Sekat media tindakan terkebelakang – Sanusi
SHAH ALAM: Tindakan menyekat kebebasan media dan bersuara oleh kerajaan terutama dalam kalangan penyokong-penyokong parti pembangkang disifatkan sebagai terkebelakang apabila mengulangi era pemerintahan kerajaan pada 1990-an.
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, banyak berita dan kandungan media yang mengkritik kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“TV Pertiwi misalnya, SKMM meminta mereka menurunkan enam kandungan videonya. Pada Jun tahun ini, portal Malaysia Now disekat selama 48 jam.
“Pada bulan Julai, UtusanTV juga disekat. Malaysia Today juga kena. Semuanya ini disekat kerana menyiarkan berita kritikan kepada seorang yang bernama Anwar Ibrahim,” katanya ketika berucap menyokong usul kebebasan media dan bersuara di Muktamar Pas ke-69, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menambah, SKMM mengarahkan syarikat telekomunikasi menyekat enam akaun telefon seorang aktivis media sosial dan lima orang ahli keluarganya.
Disebabkan hal itu, aktivis terbabit membuat permohonan semakan kehakiman berhubung hal berkenaan.
“Banyak sekali aduan oleh penggiat TikTok, Facebook dan Twitter yang mengadu akaun mereka dibekukan. Content (kandungan) akaun mereka dipadam termasuk dalam akaun TikTok saya sendiri. Punya takut punya kerajaan. Bacul,” sindirnya.
Katanya lagi, semua tindak-tanduk tersebut menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada SKMM dan PDRM.
“Pas Pusat memberikan peringatan kepada kerajaan Madani yang berkonsepkan pembinaan tamadun seharusnya berdiri atas kekuatan memperjelaskan sesuatu yang kabur. Bukan mengheret kerajaan Madani menjadi sebuah kerajaan Badawi,” tegasnya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source