Bayar RM3 Juta Pun, Ramli MS Tak Mahu Berlakon
Meskipun ditawar dengan bayaran lumayan, pengarah muzik Datuk Ramli MS tidak berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan.
Memetik mStar Online, Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram berkata lakonan bukan kepakarannya serta karakternya seorang yang telus dan tidak pandai berpura-pura di depan kamera.
BACA: Alyah Nafi Kahwin Dengan Ramli MS Sebab Harta
“Never! Kalau ditawarkan RM3 juta pun saya tak akan berlakon. Saya memang banyak terima tawaran tapi saya tolak, itu bukan ‘forte’ saya.
“Berlakon itu adalah lakonan dan dalam kehidupan saya tiada lakonan…Saya ini seorang yang direct,” katanya.
Sementara itu, Ramli berkata dia tidak mahu melakukan sesuatu yang bukan kepakarannya dan lebih baik diberikan kepada mereka yang pandai berlakon.
“Pada saya ada perkara kita boleh buat dan sebaliknya. Bagi saja pada individu yang memang pandai berlakon,” katanya.
Dalam pada itu, Ramli berkata dia setuju untuk kembali dalam program Projek Bapak-Bapak keranas silaturahim yang terjalin dengan ketiga-tiga peserta lain.
“Saya setuju sekali lagi sertai projek Bapak-Bapak disebabkan silaturahim kami sebagai sahabat. Selain itu ini adalah perkara baru dalam kerjaya saya.
“Saya sangat teruja kerana aktiviti yang kami lakukan bukan benda biasa saya buat dalam kehidupan seharian dan bukan sebab wang tapi persahabatan,” katanya.
Untuk rekod, selain Ramli, Projek Bapak-Bapak turut menampilkan Datuk Jalaluddin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source