Pemilik, ejen hartanah subahat dengan scammer berdepan dakwaan
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas kepada pemilik dan ejen hartanah dengan mendakwa mereka yang bersubahat dengan sindiket penipuan dalam talian yang menjadikan kediaman mereka sebagai pusat ‘calling centre’.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua agen berkaitan sewaan akan disabitkan sebagai rakan sejenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (penipuan), Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan 109 Kanun Keseksaan (Bersubahat).
“Pemilik premis juga akan dipertanggungjawabkan atas prinsip ‘kenali pelanggan anda’.
“Tindakan ini, kita ambil bagi membanteras operasi pusat panggilan secara drastik kewujudannya sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini.
“Kita akan bertindak lebih tegas terhadap pemilik dan ejen yang tidak seharusnya tamak apabila menawarkan harga dua kali ganda terhadap premis dan kediaman yang disewa,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.
Justeru, pihaknya tidak akann bertoleransi dengan alasan tidak munasabah yang merugikan orang ramai kerana polis mempunyai liabiliti undang-undang.
“Sebagai contoh, seramai 20 penghuni dalam satu premis, mana mungkin tidak ada berlaku apa-apa aktiviti yang meragukan.
“Jadi, mereka tidak boleh bagi alasan mereka tidak tahu kepada siapa yang menyewa kediaman mereka,” ujarnya.
Sehubungan itu, Ramli berkata, kes penipuan melalui sindiket pusat panggilan pada tahun ini menunjukan peningkatan berbanding dua tahun sebelumnya.
“Bagi tahun ini, seramai 1,160 tangkapan terdiri 791 warga tempatan dan 369 warga asing dengan kerugian RM 883,967 selain hampir 10,000 peranti dirampas.
“Berbanding sebelumnya, mencatatkan 643 tangkapan pada 2022 dan 332 jumlah kes tangkapan pada 2021,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source