Sengketa lempang rakan sebar gambar aib berakhir
PETALING JAYA – Sengketa mengasari rakan sekelas gara-gara menyebarkan gambar di TikTok, menemui penghujung selepas kedua-dua pihak memilih untuk berdamai.
Perkara berkenaan disahkan oleh bapa saudara Ain iaitu Mohammad Amin Aiman ketika dihubungi Kosmo! petang tadi.
“Kes dah diselesaikan cara baik. Kedua-dua pihak sudah tarik balik laporan polis dan berdamai.
“Kedua-dua pihak telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Bagi pihak saya pula, sudah cukup permohonan maaf yang telah dilakukan oleh anak saudara saya pada hari Jumaat ketika di rumahnya,”jelasnya ketika dihubungi.
Pada masa sama, ibu mangsa yang ditampar, Waheeda Airny Anwar turut membuat permohonan maaf atas kekhilafannya memuat naik video di laman sosial.
“Setelah berbincang, pihak saya dan pihak sana telah bersetuju tidak meneruskan atau memanjangkan kes tersebut.
“Pihak saya juga inginkan permohonan maaf terbuka dari pihak sana juga kerana telah mengasari anak saya sebagaimana saya sendiri meminta maaf.
“Atas saranan dan nasihat daripada polis , saya memohon pihak di luar sana tidak menyebarkan lagi video tersebut,”tulisnya di Facebook.
Sehubungan itu, kedua-dua pihak memohon orang ramai agar tidak menularkan video berkenaan sekaligus berhenti mengecam kedua-dua remaja terbabit. -KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source