Bakal pengantin bergambar di tanah perkuburan sebelum berkahwin
SINGAPURA – Sepasang kekasih di Singapura yang bekerja dalam sektor pengebumian melanggar pantang larang apabila merakam gambar praperkahwinan mereka di Tanah Perkuburan Bukit Brown, lapor portal berita MSNews semalam.
Mereka juga berpakaian serba hitam dan bergambar bersama keranda sebagai latar belakangnya.
Menurut akhbar Shin Min Daily News, pemilik syarikat Funeral Home Team, Glenn Tan, 29, akan melangsungkan perkahwinan dengan Rainer Lay yang bekerja sebagai pengurus mayat pada bulan ini.
Dalam tindakan yang mengingkari tradisi, pasangan itu merakam gambar mereka bersama di Tanah Perkuburan Bukit Brown, September lalu.
Lay mendedahkan bahawa pasangan itu bertemu melalui pekerjaan mereka.
“Kami sentiasa berhadapan dengan orang mati dan keranda. Kami menghabiskan banyak masa di tempat kerja. Jadi, bagi kami, tanah perkuburan adalah tempat yang sangat bermakna,” ujarnya. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source