Namibia beri Malaysia kekalahan pertama
KUALA LUMPUR – Hasrat Malaysia untuk merakam kemenangan kedua pada saingan hari pertama Piala Sultan Nazrin Shah tidak menjadi kenyataan selepas tewas 5-7 kepada Namibia di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak sebentar tadi.
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara itu terpaksa akur dengan kemampuan Namibia, No.13 dunia, walaupun terdahulu menewaskan satu lagi lawan di ranking lebih tinggi iaitu Australia, No.14 dunia, 8-2 hari ini.
Begitupun, ketua jurulatih, Mohd. Hanip Che Halim tetap berpuas hati dengan keseluruhan prestasi ditunjukkan anak-anak buahnya yang merupakan pasukan ranking ke-15 dunia sepanjang aksi tersebut.
“Pemain telah mengikut setiap perancangan yang diatur. Kami meraih kemenangan pada perlawanan pertama, namun kami tewas untuk aksi kedua dan ini satu proses pembelajaran untuk pasukan.
“Pergerakan permainan yang begitu pantas perlu diadaptasi dengan cepat oleh pemain dan setiap perkara baik yang dipelajari perlu diambil positif oleh mereka. Bagaimanapun pemain telah memberikan yang terbaik,” katanya.
Namibia yang pernah membuat dua penampilan di pentas Piala Dunia Hoki Dalam Dewan pada 2011 dan 2023, terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Dylan Finch seawal minit kedua.
Skuad negara yang turun selaku juara Asia, berjaya menyamakan kedudukan melalui Faridzul Afiq Mohd. pada minit ketujuh sebelum Namibia kembali mendahului 2-1 hasil jaringan John-Paul Britz berselang dua minit kemudian.
Malaysia kemudiannya menjadikan kedudukan 4-2 dengan tiga gol menerusi dua jaringan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-22 dan 29 serta Danial Asyraf Abdul Ghani (m-27).
Bagaimanapun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Namibia yang dibimbing oleh Trevor Cormack meledak lima gol dalam tempoh sembilan minit untuk mendahului skuad negara 7-4.
Lima jaringan itu terhasil menerusi Fagan Hansen (m-30, m-37) dan Cody van der Merwe (m-31, m-39) yang masing-masing meledak dua gol selain satu daripada Dylan Finch pada minit ke-37.
Syed Mohamad Syafiq cuba merapatkan jurang dengan gol ketiga peribadinya untuk merakam hatrik pada minit ke-40, namun ia tidak membawa apa-apa makna apabila perlawanan berakhir dengan keputusan 5-7.
Malaysia yang ketika ini di tangga keempat liga sepusingan, akan meneruskan dua aksi seterusnya dalam kejohanan hoki dalam dewan antarabangsa itu menentang New Zealand dan Hong Kong pada Rabu ini. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source