978 kes mohon semakan hukuman mati, pemenjaraan sepanjang hayat
PUTRAJAYA- Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) menerima sebanyak 978 kes permohonan bagi semakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat setakat 9 November 2023.
Permohonan itu diterima susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai lalu selain pelaksanaan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada 12 September 2023.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, daripada jumlah permohonan itu, sebanyak 861 kes melibatkan semakan hukuman mati dan 117 kes pemenjaraan sepanjang hayat.
“Secara keseluruhannya terdapat 1,020 banduan hukuman mati dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang layak mengemukakan permohonan mereka.
“Mengikut peruntukan Akta 847, kesemua permohonan perlu dikemukakan kepada mahkamah dalam tempoh masa 90 hari daripada tarikh penguatkuasaan akta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Azalina berkata, pelaksanaan pengendalian prosiding itu turut mengambil kira pelbagai faktor mengikut keutamaan termasuklah umur, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan selain pertimbangan lain yang mendesak.
Dalam perkembangan sama, Azalina berkata, seramai tujuh banduan hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah berbahaya dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 telah melalui semakan hukuman mati.
“Selain itu, seramai empat orang turut melalui semakan bagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat di mana kedua-dua penyemakan itu dilaksanakan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
“Hal ini membuktikan bahawa prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia adalah sentiasa terpelihara.
“Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan dalam mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia sejagat,” jelasnya.
Pada masa sama, Azalina turut menegaskan bahawa pengenaan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan jenayah masih kekal dalam sistem pentadbiran jenayah di Malaysia.
“Namun, pengenaan hukuman mati bukan lagi mandatori seperti sebelum ini dan pindaan undang-undang telahpun memberi
pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara masing-masing dalam mengenakan hukuman yang sewajarnya,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source