[VIDEO] Mohd. Ya’cob ‘pecut’ keluar dari Penjara Kajang
KAJANG – Bekas banduan,Mohd. Ya’cob Demyati, 57, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie keluar dari Penjara Kajang, di sini, hari ini.
Ia susulan Mahkamah Persekutuan meminda hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kepada penjara 33 tahun.
Usaha puluhan pengamal media berkumpul di luar pekarangan Penjara Kajang sejak pukul 4 petang untuk menemubual Mohd Ya’cob gagal apabila apabila pacuan empat roda dinaikinya memecut keluar dari Penjara Kajang kira-kira pukul 6 petang tadi.
Difahamkan, kenderaan tersebut dipandu oleh ahli keluarganya yang telah tiba kira-kira pukul 5 petang tadi.
Turut hadir beberapa rakan Mohd Ya’cob di luar pekarangan Penjara Kajang bagi memberi sokongan moral kepadanya.
Seorang rakan terdekatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri, 63, berkata, Mohd Ya’cob merupakan individu yang amat dikenalinya sewaktu bersama-sama berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Zamri, rakannya itu mempunyai sifat yang amat baik dan berita Mohd Ya’cob dimasukkan ke penjara amat mengejutkan baginya.
“Saya mula mengenali Mohd Ya’cob semasa kami sama-sama berkhidmat dalam pasukan polis hutan (PPH) sebelum ini.
“Orangnya bagus sangat, tetapi (soal) kes dia tak tahu macam mana boleh jadi begitu,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Penjara Kajang, di sini, hari ini.
Selain itu, Zamri berkata, dia melihat perubahan berlaku pada Ya’cob sepanjang dua kali melawatkan di Penjara Kajang dan disifatkan sebagai warak di sana.
Katanya, pembebasan rakannya itu adalah perkara yang menggembirakan baginya serta rakan-rakan terdekat.
“Semasa berkhidmat di polis hutan, hubungan (antara kami) seperti saudara. Saya ada bertemu dia dua kali dalam Penjara Kajang dan pegawai di sana kata dia individu yang warak.
“Apabila dengar dari kawan (bahawa dia akan bebas), saya amat terkejut,” katanya yang juga pesara polis.
Hari ini, Kosmo! melaporkan peguam mewakili Mohd. Ya’cob, iaitu Che Muji Che Noh, memberitahu bahawa anak guamnya, Mohd Ya’cob akan dibebaskan.
“Anak guam dipenjarakan 33 tahun dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000. Meskipun mahkamah putuskan tempoh 33 tahun, namun ada ‘diskaun’ satu pertiga.
“Maknanya, dia sudah menjalani hukuman selama tempoh ini. Jadi, dia bebas hari ini,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan pembunuh penyanyi terkenal era 90-an, Allahyarham Along Spoon akan dibebaskan dari Penjara Kajang hari ini selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kepada penjara 33 tahun.
Dia sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati, namun, ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 7 Ogos 2012 membenarkan petisyen rayuannya.
Keputusan dicapai oleh Mahkamah Persekutuan pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.
Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman kepada Mohd. Ya’cob atas kesalahan membunuh Along atau nama sebenar Sabi’ul Malik Shafie bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.
Mohd. Ya’cob antara 12 daripada 13 banduan terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas manakala banduan lain turut dikenakan hukuman 12 sebatan.-KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source